Mohd Khairuddin Abdullah @Jerry Abdullah and Maspiah Sekong and Halimah Laji (2017) Kecerdasan emosi dan komitmen guru terhadap organisasi. Jurnal Psikologi dan Kesihatan Sosial (JPsiKS), 1. pp. 42-52. ISSN 2600-7819
Text
Kecerdasan emosi dan komitmen guru terhadap organisasi.pdf Download (37kB) |
|
Text
Kecerdasan emosi dan komitmen guru terhadap organisasi1.pdf Restricted to Registered users only Download (264kB) |
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap kecerdasan emosi dan komitmen organisasi dalam kalangan guru-guru sekolah menengah. Kajian juga bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan tahap kecerdasan emosi dan komitmen organisasi berdasarkan pengalaman mengajar serta mengenal pasti hubungan antara kecerdasan emosi dengan komitmen organisasi dalam kalangan guru-guru sekolah menengah di daerah Keningau. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui kaedah tinjauan dan menggunakan instrumen soal selidik. Item soal selidik bagi kecerdasan emosi menggunakan SelfReport Emotional Intelligence Test (SREIT) manakala soal selidik bagi komitmen organisasi adalah berdasarkan soal selidik komitmen organisasi Meyer et al. (1993). Responden kajian ini melibatkan seramai 317 orang guru yang telah dipilih secara rawak mudah. Analisis deskriptif menunjukkan bahawa tahap kecerdasan emosi guru-guru adalah tinggi, begitu juga dengan tahap komitmen organisasi guru. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan bagi pemboleh ubah kecerdasan emosi dan komitmen organisasi dengan pengalaman mengajar. Analisis ujian korelasi Pearson menunjukkan hubungan positif yang lemah antara pemboleh ubah kecerdasan emosi dan komitmen.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Kecerdasan , Emosi , Komitmen , Guru , Organisasi |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF1-990 Psychology > BF511-593 Affection. Feeling. Emotion L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization > LB2832-2844.1 Teaching personnel |
Department: | FACULTY > Faculty of Psychology and Education |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 25 Oct 2021 20:10 |
Last Modified: | 25 Oct 2021 20:10 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30635 |
Actions (login required)
View Item |