Mansoor Abdul Hamid and Maryana Mohamad Nor and Mazarina Devi and Budi Wibowotomo and Hasmadi Mamat and Jahurul Haque Akanda and Fan Hui Yin (2021) Pendekatan moden di dalam industri makanan tradisional untuk persaingan mampan.
Text
Pendekatan moden di dalam industri makanan tradisional untuk persaingan mampan-ABSTRACT.pdf Download (59kB) |
|
Text
Pendekatan moden di dalam industri makanan tradisional untuk persaingan mampan.pdf Restricted to Registered users only Download (541kB) | Request a copy |
Abstract
Pandemik covid-19 yang melanda dunia semenjak awal tahun 2020 memberikan implikasi yang ketara di dalam banyak sektor industri termasuk industri makanan. Banyak hasil pertanian tidak dapat disalurkan mengikut norma biasa terutama faktor logistik disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan hasil pertanian berlambak di lokasi pengeluaran dan menyebabkan kerosakan dan menyebabkan kerugian kepada para petani. Antara faktor utama yang dikenal pasti iaitu kurangkan kemahiran untuk mengolah hasil pertanian tersebut kepada bentuk yang lebih tahan lama dan tidak di proses menyebabkan sumber bahan mentah tersebut rosak dan tidak boleh digunakan lagi. Pendekatan kepada penukaran bahan mentah segar kepada bahan-bahan makanan bentuk serbuk atau makanan siap proses perlu diterapkan di kalangan komuniti untuk minimumkan kerugian. Masyarakat juga sangat bergantung kepada amalan tradisional di mana penghasilan makanan lebih menjurus kepada kegunaan sendiri sahaja dengan kawalan kualiti yang rendah dan ketahanan produk yang singkat. Oleh itu pendekatan moden boleh di aplikasi untuk menjadikan industri makanan lebih berdaya saing, tahan lama, kualiti yang terjamin dengan pengeluaran yang lebih besar. Pendekatan ini melibatkan penggunaan teknologi yang sediada, kemahiran ditingkatkan dan pasaran yang lebih meluas di mana akhirnya sektor ini menjanjikan pulangan yang lumayan dan mampu menjadi sumber pendapatan komuniti dan seterusnya meningkatkan ekonomi komuniti tersebut.
Item Type: | Proceedings |
---|---|
Keyword: | Industri makanan , Kaedah tradisional , Kaedah moden , Kawalan mutu |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD2321-4730.9 Industry > HD2340.8-2346.5 Small and medium-sized businesses, artisans, handicrafts, trades T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply |
Department: | FACULTY > Faculty of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 17 Nov 2021 12:04 |
Last Modified: | 17 Nov 2021 12:04 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31121 |
Actions (login required)
View Item |