Bernadette Augustin (2021) Komitmen Kesatuan Sekerja terhadap Hak Pekerja dan Kebajikan Pekerja di Kesatuan Pekerja-Pekerja Sabah Electricity Sdn Bhd (KPPSESB) Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
Text
Komitmen Kesatuan Sekerja terhadap Hak Pekerja dan Kebajikan Pekerja di Kesatuan Pekerja-Pekerja Sabah Electricity Sdn Bhd 24pages.pdf Download (220kB) |
|
Text
Komitmen Kesatuan Sekerja terhadap Hak Pekerja.pdf Restricted to Registered users only Download (1MB) |
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk mengetahui komitmen kesatuan sekerja terhadap hak pekerja dan kebajikan pekerja di Kesatuan Pekerja-Pekerja Sabah Electricity Sdn. Bhd (KPPSESB) Kota Kinabalu. Hak pekerja dan kebajikan pekerja merupakan satu perkara yang amat penting untuk menjaga keharmonian dalam sesebuah organisasi. Seterusnya, kajian ini juga bertujuan untuk melihat impak komitmen kesatuan sekerja terhadap hak pekerja dan kebajikan serta langkah-langkah yang diambil oleh kesatuan sekerja dalam mengekalkan hak pekerja dan kebajikan pekerja sentiasa terjamin dan terpelihara. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan temu bual melalui atas talian, hal ini kerana pandemik COVID-19 yang berlaku di negara Malaysia yang menyebabkan pergerakan setiap pekerja atau individu menjadi terhad. Memandangkan pandemik COVID-19 ini memberi pelbagai impak terhadap mana-mana organisasi terutama dalam kajian ini yang tertumpu kepada KPPSESB, di mana SESB menjaminkan tiada pengurangan pekerja, maka pengkaji berminat melihat lebih lanjut mengenai apakah hak dan kebajikan yang diberikan oleh pihak SESB seterusnya komitmen kesatuan sekerja terhadap hak pekerja dan kebajikan pekerja. Oleh itu, dapatan kajian mendapati bahawa kesatuan sekerja sangat berkomitmen dalam menjaga hak pekerja dan kebajikan pekerja di tempat kerja dengan segala permasalahan yang timbul atau di hadapi akan dibincangkan bersama pihak pengurusan atau majikan.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | K0mitmen , Kesatuan sekerja , Hak pekerja , Kebajikan |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD4801-8943 Labor. Work. Working class > HD6350-6940.7 Trade unions. Labor unions. Workers' associations |
Department: | FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities |
Depositing User: | NORAINI LABUK - |
Date Deposited: | 25 Nov 2021 16:39 |
Last Modified: | 14 Dec 2021 09:00 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31254 |
Actions (login required)
View Item |