Kesan workplace incivility terhadap motivasi kerja dalam kalangan jururawat terlatih U29 di Hospital Umum Sarawak

Blaise Gaille Banji (2021) Kesan workplace incivility terhadap motivasi kerja dalam kalangan jururawat terlatih U29 di Hospital Umum Sarawak. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
Kesan workplace incivility terhadap motivasi kerja24PAGES.pdf

Download (581kB)
[img] Text
Kesan workplace incivility terhadap motivasi kerja.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Tingkah laku negatif ini adalah merupakan satu bentuk perlakuan yang tidak akan mencederakan seseorang secara luaran, dan mempunyai intensiti yang rendah berbanding dengan kekasaran secara fizikal di tempat kerja yang boleh mendatangkan kesan atas motivasi kerja dalam diri seseorang pekerja. Prestasi dan produktiviti kerja seseorang pekerja itu pula adalah bergantung dengan persekitaran pekerjaan. Prestasi kerja dan produktiviti seseorang pekerja berkait rapat dengan motivasi kerja yang ada di dalam diri seseorang pekerja. Profesion kejururawatan turut terdedah kepada tingkah laku negatif sehingga boleh mendatangkan kesan ke atas motivasi kerja dalam diri mereka. Objektif kajian ini adalah untuk Mengkaji Bentuk Workplace Incivility Dalam Kalangan Jururawat Terlatih U29 Di Hospital Umum Sarawak serta untuk Mengenalpasti Kesan Workplace Incivility Ke Atas Motivasi Kerja Dalam Kalangan Jururawat Terlatih U29 Di Hospital Umum Sarawak. Metodologi kajian kajian ini adalah menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif dengan menjalankan sesi temubual bersama tiga orang informan yang merupakan Jururawat Terlatih U29 yang sedang bertugas di Hospital Umum Sarawak. Hasil penyelidikan telah memperlihatkan bahawa bahawa berlakunya pelbagai bentuk tingkah laku negatif yang dialami oleh Jururawat dan antara bentuk tingkah laku negatif yang dialami adalah tingkah laku menganggu, bergosip, diskriminasi, perlakuan tidak adil, pembulian serta privasi dicerobohi. Seterusnya, tingkah laku negatif yang dialami oleh golongan Jururawat Terlatih U29 mendatangkan kesan ke atas motivasi kerja mereka yang terbahagi dua iaitu motivasi instrinsik dan motivasi ekstrinsik. Berdasarkan analisis di dalam penyelidikan ini, penyelidik telah mendapati bahawa walaupun seseorang pekerja khasnya Jururawat Terlatih U29 yang bertugas di Hospital Umum Sarawak mengalami tingkah laku negatif daripada rakan sekerja dan majikan, motivasi instrinsik dan motivasi ekstrinsik akan mendorong diri mereka untuk bekerja bagus walaupun berhadapan persekitaran kerja yang negatif.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Tingkah laku negatif , Motivasi instrinsik , Motivasi ekstrinsik , Jururawat , Prestasi kerja , Produktiviti kerja
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD4801-8943 Labor. Work. Working class > HD5701-6000.9 Labor market. Labor supply. Labor demand Including unemployment, manpower policy, occupational training, employment agencies
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 14 Dec 2021 09:07
Last Modified: 14 Dec 2021 09:07
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31256

Actions (login required)

View Item View Item