Hubungan antara kepuasan kerja terhadap prestasi kerja dalam kalangan pensyarah di Universiti Malaysia Sabah (UMS) ketika krisis Pandemik Covid-19

Marryline Saul Enggong (2021) Hubungan antara kepuasan kerja terhadap prestasi kerja dalam kalangan pensyarah di Universiti Malaysia Sabah (UMS) ketika krisis Pandemik Covid-19. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
Hubungan antara kepuasan kerja terhadap prestasi kerja dalam kalangan pensyarah 24 PAGES.pdf

Download (556kB)
[img] Text
Hubungan antara kepuasan kerja terhadap prestasi kerja dalam kalangan pensyarah.pdf
Restricted to Registered users only

Download (730kB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara kepuasan kerja terhadap prestasi kerja dalam kalangan pensyarah di Universiti Malaysia Sabah (UMS) ketika krisis pandemik Covid-19. Kajian ini melibatkan seramai 80 orang responden yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah di UMS dan mereka ini dipilih menerusi persampelan bertujuan dan rawak mudah. Kajian ini berbentuk kuantitatif dan deskriptif serta menggunakan borang soal selidik berkaitan dengan kepuasan kerja dan prestasi kerja. Kajian ini dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS). Statistik deskriptif seperti frekuensi, peratusan dan min serta sisihan piawai digunakan dalam kajian ini bagi melihat tahap kedua-dua pemboleh ubah di samping menggunakan analisis korelasi pearson sebagai menguji hipotesis kajian. Dapatan daripada analisis telah mendedahkan skor min bagi tahap keseluruhan kepuasan kerja dan prestasi kerja dalam kalangan pensyarah yang dikaji berada pada tahap yang tinggi. Di samping itu, kajian juga menunjukkan terdapatnya hubungan yang positif dan signifikan antara kepuasan kerja dengan prestasi kerja. Maka, hipotesis kajian yang dibina sebelum ini adalah diterima.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Kepuasan kerja , Prestasi kerja , Pensyarah
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1705-2286 Education and training of teachers and administrators > LB1775-1785 Professional aspects of teaching and school administrators. Vocational guidance
L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2300-2430 Higher education > LB2326.4-2330 Institutions of higher education
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 14 Dec 2021 09:13
Last Modified: 14 Dec 2021 09:13
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31264

Actions (login required)

View Item View Item