Mazni Awang Maarof (2021) Integrasi kerja-kehidupan dan pengaruhnya terhadap penglibatan kerja dalam kalangan ahli anggota balai Bomba Dan Penyelamat (BBP), Kota Belud, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
Text
Integrasi kerja-kehidupan dan pengaruhnya terhadap penglibatan kerja.pdf Restricted to Registered users only Download (1MB) |
|
Text
Integrasi kerja-kehidupan dan pengaruhnya terhadap penglibatan kerja24pages.pdf Download (296kB) |
Abstract
Integrasi kerja-kehidupan merupakan elemen penting dalam kerjaya seseorang pekerja yang perlu diambil perhatian tanpa mengira jantina. Pada era globalisasi hari ini, bukan hanya pekerja wanita yang mempunyai dwi-kerjaya sahaja dan mementingkan integrasi antara kerjaya dan kehidupan, malah pekerja lelaki turut mengambil berat akan hal ini. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji pengaruh integrasi kerja-kehidupan terhada penglibatan kerja. Kajian kes ini telah dijalankan ke atas ahli anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), Kota Belud, Sabah dan seramai 37 orang ahli anggota Bomba menyumbang sebagai responden bagi kajian ini. Kajian ini telah menggunakan kaedah kuantitatif dan borang soal selidik telah diedarkan kepada responden. Hasil dapatan bagi kajian ini telah dianalisis menggunakan analisis deskriptif dan analisis regrasi mudah. Tahap integrasi kerja-kehidupan bagi domain kerja dan domain kehidupan mencatatkan nilai yang rendah dan sederhana. Seterusnya, model kajian didapati mencatatkan nilai yang tidak signifikan iaitu .610b, dan tidak boleh digunapakai di dalam konteks kajian pengkaji. Hal ini demikian, hasil kajian dalam konteks kajian pengkaji mendapati integrasi kerja-kehidupan tidak mempengaruhi penglibatan kerja dalam kalangan ahli anggota Balai Bomba dan Penyelamat, Kota Belud.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Integrasi Kerja-Kehidupan , Keseimbangan kerja-kehidupan , Penglibatan kerja, Keterlibatan kerja |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD4801-8943 Labor. Work. Working class > HD8038 Professions (General). Professional employees |
Department: | FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities |
Depositing User: | NORAINI LABUK - |
Date Deposited: | 14 Dec 2021 09:22 |
Last Modified: | 14 Dec 2021 09:22 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31267 |
Actions (login required)
View Item |