Tesis konflik kerja-keluarga dan pengaruhnya terhadap prestasi kerja dalam kalangan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat Kontinjen Sabah (IPK Sabah

Mohd Sahril Sulaiman @ Jasni (2021) Tesis konflik kerja-keluarga dan pengaruhnya terhadap prestasi kerja dalam kalangan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat Kontinjen Sabah (IPK Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
Tesis konflik kerja-keluarga dan pengaruhnya terhadap prestasi kerja.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)
[img] Text
Tesis konflik kerja-keluarga dan pengaruhnya terhadap prestasi kerja24PAGES.pdf

Download (295kB)

Abstract

Bekerja dan keluarga merupakan dua kompenan penting yang perlu difahami misalnya dari aspek peranan seseorang individu antara kerjaya dan keluarga. Hal ini demikian, apabila seseorang pekerja itu gagal dalam mengimbangi peranan antara kerjaya dan keluarga, maka ianya akan mendatangkan kesan yang buruk khususnya kepada pekerja tersebut. Kesan buruk yang dimaksudkan adalah pekerja tersebut akan mengalami konflik peranan iaitu konflik kerja keluarga. Dalam mana-mana bidang pekerjaan misalnya seperti bidang pendidikan, kesihatan, dan keselamatan, sudah tentu masalah konflik kerja keluarga ini wujud dan dialami oleh modal insan yang bekerja. Walaupun terdapat beberapa kajian seperti ini telah dijalankan, namun kajian melibatkan sektor keselamatan dan ketenteraman awam misalnya institusi Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Sabah masih kurang dilakukan. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti tahap konflik kerja keluarga dan pengaruhnya terhadap prestasi kerja terhadap anggota pegawai polis di Ibu Pejabat Kontinjen Sabah (IPK Sabah). Metodologi kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah melalui kaedah kuantitatif dengan menggunakan instrumen set soal selidik. Set soal selidik telah diedarkan kepada seramai 36 orang anggota pegawai polis bagi mendapatkan maklumbalas mereka mengenai objektif kajian ini. Dapatan kajian bagi objektif pertama mengenai tahap konflik kerja keluarga menunjukkan bahawa tahap konflik kerja keluarga dalam anggota pegawai polis di Ibu Pejabat Kontinjen Sabah (IPK Sabah) adalah berada pada tahap senderhana. Justeru itu, dapatan kajian bagi objektif kedua iaitu pengaruh konflik kerja keluarga terhadap prestasi kerja anggota pegawai polis di Ibu Pejabat Kontinjen Sabah (IPK Sabah) adalah tidak signifikan. Hal ini demikian kerana, model kajian yang dirangka berdasarkan kajian-kajian lepas dilihat hanya menyumbang sebanyak 5.2 peratus bersamaan nilai beta sebanyak .052 sahaja. Manakala, nilai signifikan selepas analisis dilakukan mencatatkan bacaan sebanyak .764 yang menunjukkan bahawa melebihi nilai signifikan iaitu antara .000 sehingga .005. Oleh hal yang demikian, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa walaupun anggota pegawai polis di Ibu Pejabat Kontinjen Sabah (IPK Sabah) mempunyai tahap konflik kerja keluarga yang senderhana, namun ianya tidak mempengaruhi atau memberi kesan terhadap prestasi kerja mereka. Oleh itu, bagi kajian masa hadapan, adalah dicadangkan untuk menguji pembolehubah-pembolehubah lain yang dipercayai mempunyai pengaruh terhadap prestasi kerja anggota pegawai polis di Ibu Pejabat Kontinjen Sabah (IPK Sabah) misalnya seperti bebanan kerja, tekanan, perilaku membisu, perilaku whistleblower dan budaya organisasi.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Bekerja , Keluarga , Peranan kerjaya , Peranan keluarga , Konflik kerja keluarga , Prestasi kerja , Polis Diraja Malaysia , PDRM
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD4801-8943 Labor. Work. Working class > HD8038 Professions (General). Professional employees
H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > HQ1-2044 The Family. Marriage. Women > HQ503-1064 The family. Marriage. Home
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 14 Dec 2021 09:25
Last Modified: 14 Dec 2021 09:25
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31274

Actions (login required)

View Item View Item