Pengaruh amalan gaya hidup sihat terhadap prestasi kerja pekerja di UTC Tawau, Sabah

Normala Abdul Rahman (2021) Pengaruh amalan gaya hidup sihat terhadap prestasi kerja pekerja di UTC Tawau, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
Pengaruh amalan gaya hidup sihat terhadap prestasi kerja pekerja di UTC Tawau.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)
[img] Text
Pengaruh amalan gaya hidup sihat terhadap prestasi kerja pekerja di UTC Tawau24pages.pdf

Download (430kB)

Abstract

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti amalan gaya hidup sihat dan prestasi kerja dalam kalangan pekerja di UTC Tawau, Sabah. Kajian ini adalah berkenaan dengan pengaruh amalan gaya hidup sihat terhadap prestasi kerja pekerja di UTC Tawau dengan mengenalpasti tahap amalan gaya hidup sihat dan prestasi kerja mereka. Kajian ini mengandungi dua objektif utama iaitu mengenalpasti tahap amalan gaya hidup sihat dan prestasi kerja dalam kalangan pekerja di UTC Tawau dan menjelaskan pengaruh amalan gaya hidup sihat terhadap prestasi pekerja di UTC Tawau. Dalam kajian ini pengkaji menggunakan kaedah kuantitatif iaitu dimana pengkaji telah mengedarkan borang soal selidik kepada 30 orang responden yang terdiri daripada pekerja-pekerja di UTC Tawau iaitu antaranya pekerja dari Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Tanah dan Ukur, Jabatan Air, Majlis Perbandaran Tawau dan lain-lain. Pengedaran borang soal selidik ini diberikan dalam bentuk soal selidik dan juga dalam talian iaitu menggunakan google form. Kepentingan kajian ini dijalankan adalah, kepada pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung adalah dapat mengenalpasti pengaruh amalan gaya hidup sihat terhadap prestasi kerja dalam kalangan pekerja. Hasil kajian menunjukkan tahap amalan gaya hidup sihat dan prestasi kerja dalam kalangan penjawat awam adalah berada pada tahap sederhana. Manakala pengaruh antara amalan gaya hidup sihat dengan prestasi pekerja di dalam kajian ini juga pada tahap yang sederhana menunjukkan bahawa tidak signifikan, dimana sumbangan model kajian ini iaitu (R Square =.010, Signifikan=.606). Hal ini menunjukkan bahawa sumbangan model kajian sebanyak (R Square =.010) iaitu amalan gaya hidup sihat tidak mempengaruhi prestasi kerja dalam kalangan pekerja di UTC Tawau. Walau bagaimanapun, terdapat faktor lain selain daripada amalan gaya hidup sihat yang boleh mempengaruhi prestasi kerja pekerja di UTC Tawau.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Pengaruh , Tahap amalan , Gaya hidup sihat , Prestasi kerja , Pekerja UTC Tawau
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD28-70 Management. Industrial management > HD58.7-58.95 Organizational behavior, change and effectiveness. Corporate culture
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 14 Dec 2021 09:40
Last Modified: 14 Dec 2021 09:40
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31284

Actions (login required)

View Item View Item