Nur Farah Hazwani Mohamad Saleh (2021) Pengaruh keberkesanan faktor individu dan faktor persekitaran terhadap pemindahan latihan dalam kalangan pekerja STTM. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
Text
Pengaruh keberkesanan faktor individu dan faktor persekitaran.pdf Restricted to Registered users only Download (1MB) |
|
Text
Pengaruh keberkesanan faktor individu dan faktor persekitaran24pages.pdf Download (192kB) |
Abstract
Pemindahan latihan merupakan keupayaan dalam mengamalkan atau mengaplikasikan kemahiran dan pembelajaran baharu di tempat kerja sebenar. Tujuan pemindahan latihan ini dilakukan dalam sesebuah organisasi adalah memberikan prestasi kepada pihak organisasi serta pelatih tersebut. Namun begitu, pemindahan latihan mempunyai beberapa faktor iaitu individu, persekitaran dan reka bentuk yang mempengaruhi proses pemindahan latihan. Walhal, kajian ini hanya memfokuskan kepada dua faktor sahaja iaitu faktor persekitaran dan individu. Tujuan kajian ini dijalankan adalah bagi mengkaji iaitu mengenalpasti faktor individu dan faktor persekitaran terhadap pemindahan latihan. Selain itu, ingin melihat tahap keberkesanan pengaruh faktor individu dan faktor persekitaran terhadap pemindahan latihan dalam kalangan pekerja di sesebuah organisasi iaitu STTM. Oleh itu, responden untuk kajian ini adalah seramai 30 orang responden yang terdiri daripada kakitangan STTM. Justeru, kaedah dalam kajian ini adalah kaedah kuantitatif. Dimana borang soal selidik telah diedarkan sebanyak 30 kepada responden. Oleh itu, pengkaji telah menggunakan alat SPSS sebagai menganalisis dapatan iaitu dibentangkan secara diskriptif, frekuensi, kolerasi dan reglasi. Di samping itu, berdasarkan hasil kajian ini mendapati bahawa faktor individu iaitu motivasi mempunyai hubungan signifikan yang positif serta mempengaruhi pemindahan latihan. Buktinya, motivasi mencatatkan nilai (r=1) berbanding dengan ciri keupayaan. Manakala faktor persekitaran seperti sokongan penyelia, sokongan rakan sekerja dan pemindahan latihan mempunyai nilai catatan masing – masing iaitu (.857) disertakan dengan (.836) dan (r=1). Perkara ini jelas bahawa hasil dapatan kajian ini menyatakan faktor individu dan faktor persekitaran memainkan peranan terhadap pemindahan latihan. Oleh yang demikian, ia juga mempunyai hubungan yang positif antara kedua faktor tersebut dalam keberkesanan pengaruh terhadap pemindahan latihan.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Faktor individu , Faktor persekitaran , Pemindahan latihan , Pengaruh keberkesanan pemindahan latihan , Pekerja STTM |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD4801-8943 Labor. Work. Working class > HD6951-6957 Industrial sociology. Social conditions of labor |
Department: | FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities |
Depositing User: | NORAINI LABUK - |
Date Deposited: | 14 Dec 2021 09:49 |
Last Modified: | 14 Dec 2021 09:49 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31289 |
Actions (login required)
View Item |