Kesejahteraan pekerjaan dalam ekonomi GIG di kalangan pekerja Grab, Foodpanda dan perkhidmatan runner

Nur Izzati Mustapha (2021) Kesejahteraan pekerjaan dalam ekonomi GIG di kalangan pekerja Grab, Foodpanda dan perkhidmatan runner. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
Kesejahteraan pekerjaan dalam ekonomi GIG di kalangan pekerja Grab, Foodpanda dan perkhidmatan runner.pdf
Restricted to Registered users only

Download (6MB)
[img] Text
Kesejahteraan pekerjaan dalam ekonomi GIG di kalangan pekerja Grab, Foodpanda dan perkhidmatan runner24pages.pdf

Download (770kB)

Abstract

Kesejahteraan, secara amnya adalah aspek penting bagi setiap individu dan skim keselamatan sosial dapat dilihat sebagai penyelesaian berpusat kepada negara untuk menangani risiko dan cabaran yang dihadapi kepada masyarakat, terutamanya kesejahteraan pekerja. Seiring dengan perkembangan teknologi hingga wujudnya pekerjaan baharu yang disebut sebagai ekonomi gig giat di seluruh dunia termasuk Malaysia, kesejahteraan dalam pekerjaan ini menjadi persoalan. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor penglibatan dalam pekerjaan gig, mengenalpasti cabaran yang dihadapi dan mengenalpasti hubungan cabaran dan kesejahteraan pekerja gig dalam ekonomi gig. Sampel yang terlibat adalah terdiri daripada kalangan pekerja dalam perkhidmatan Grab, Foodpanda dan runner di Sabah. Dengan menggunakan kaedah kuantitatif, hasil kajian mendapati terdapat dua faktor utama dalam penglibatan pekerja dalam ekonomi gig, iaitu faktor tarikan dan tolakan. Sehubungan dengan itu, kajian juga mendapati bahawa pengalaman pekerja gig dan sifat pekerjaan ini menjadi sebahagian cabaran kepada mereka dan wujudnya hubungan yang signifikan antara cabaran dan kesejahteraan di kalangan pekerja Grab, Foodpanda dan runner. Dengan pandangan ke dalam penemuan dan hasil dapatan kajian mengenai pekerja gig penghantaran ini, kajian ini boleh berfungsi sebagai titik permulaan dan panduan kepada penyelidik, pekerjaan berasaskan dalam talian, dan pelaksana dasar perundangan buruh termasuk pihak lain dalam memahami fenomena dan keadaan kerja dalam ekonomi gig itu. Akhir, diharapkan kajian ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak yang berkaitan dalam ekonomi gig dan juga kepada mereka yang akan mengupas isu berkaitan pekerjaan ini dengan lebih mendalam.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Kesejahteraan , Keselamatan sosial , Ekonomi Gig , Pekerja Gig , Cabaran
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD4801-8943 Labor. Work. Working class > HD8038 Professions (General). Professional employees
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 14 Dec 2021 15:04
Last Modified: 14 Dec 2021 15:04
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31291

Actions (login required)

View Item View Item