Suzan Saib (2021) Hubungan antara tingkah laku buli di tempat kerja dan prestasi kerja dalam kalangan pekerja sektor awam dan sektor swasta di Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
Text
Hubungan antara tingkah laku buli di tempat kerja dan prestasi kerja dalam kalangan pekerja sektor awam24PAGES.pdf Download (351kB) |
|
Text
Hubungan antara tingkah laku buli di tempat kerja dan prestasi kerja dalam kalangan pekerja sektor awam.pdf Restricted to Registered users only Download (2MB) |
Abstract
Kajian ini dilaksanakan untuk mengkaji hubungan antara tingkah laku buli di tempat kerja dan prestasi kerja dalam kalangan pekerja yang terpilih dalam sektor awam dan sektor swasta di Sabah. Kajian ini dilaksanakan bagi mengenalpasti tahap tingkah laku buli di tempat kerja. Selain daripada itu, kajian ini juga mengkaji hubungan antara tingkah laku buli di tempat kerja dan prestasi kerja mereka. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan mengedarkan borang soal selidik secara atas talian melalui pautan google form kepada 118 responden terpilih. Model tingkah laku buli di tempat kerja dan prestasi kerja telah digunakan sebagai panduan asas dalam mengenalpasti tahap hubungan antara tingkah laku buli dan prestasi kerja di tempat kerja. Data kajian ini dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 27. Analisis deskriptif yang digunakan dalam kajian ini adalah menggunakan kekerapan, peratusan dan min. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap tingkah laku buli di tempat kerja dalam kalangan pekerja sektor awam dan sektor swasta berada pada tahap rendah dan sederhana yang sekaligus mendapati bahawa pekerja sektor awam dan sektor swasta ini menunjukkan bahawa buli di tempat kerja adalah masih terkawal. Berdasarkan kepada analisis Korelasi Pearson, buli yang berkaitan dengan pekerjaan, buli yang berkaitan dengan peribadi dan buli secara fizikal tidak mempunyai kekuatan hubungan signifikan dengan prestasi kerja. Analisis regresi mudah turut digunakan dalam kajian ini menunjukkan bahawa pekerja dalam sektor awam dan sektor swasta tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan prestasi kerja. Model kajian pengkaji turut menyumbang sebanyak 6.6 peratus terhadap kesan prestasi kerja dengan nilai signifikan .049. Hasil keputusan kajian merupakan sumbangan kepada penemuan baru dalam kajian tingkah laku buli dan prestasi kerja.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Buli , Prestasi kerja , Tingkah laku , Pekerja sektor awam , Pekerja sektor swasta , Work-related , Personal-related , Physically intimidating , Sabah |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD4801-8943 Labor. Work. Working class > HD8038 Professions (General). Professional employees H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV1-9960 Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV6001-7220.5 Criminology > HV6774-7220.5 Crimes and criminal classes |
Department: | FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities |
Depositing User: | NORAINI LABUK - |
Date Deposited: | 14 Dec 2021 15:22 |
Last Modified: | 14 Dec 2021 15:22 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31378 |
Actions (login required)
View Item |