Pg Mohd Zulhajizie Abdul Karim (2021) Kesan prosedur operasi standard norma baharu pasca Covid-19 terhadap stres pekerja ladang kelapa sawit sakilan desa Sandakan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
Text
Kesan prosedur operasi standard norma baharu pasca Covid-1924pages.pdf Download (521kB) |
|
Text
Kesan prosedur operasi standard norma baharu pasca Covid-19.pdf Restricted to Registered users only Download (1MB) |
Abstract
Perubahan akibat daripada implikasi pandemik COVID-19 ini telah membawa kepada prosedur operasi standard norma baharu dalam persekitaran kerja dimana ianya menjadi garis panduan yang diterima atau cara berkelakuan atau melakukan perkara yang disetujui oleh kebanyakan orang. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti prosedur operasi standard norma baharu Pasca COVID-19 yang diamalkan oleh pekerja Ladang Kelapa Sawit Sakilan Desa. Kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji kesan prosedur operasi standard norma baharu pasca COVID-19 terhadap stres pekerja Ladang Kelapa Sawit Sakilan Desa. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah kualitatif yang melibatkan temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Data dianalisis menggunakan kaedah induktif model Miles, Huberman dan Saldana (2014) iaitu dengan pengecilan data, persembahan data dan penghasilan kesimpulan. Kajian ini mendapati bahawa prosedur operasi standard norma baharu pasca COVID-19 yang diamalkan menyebabkan stres berlaku kepada pekerja kerana prosedur operasi standard yang ketat, bebanan kerja dan sekatan terhadap aktiviti sosial. Kesimpulannya, dengan kajian ini diharapkan dapat memberikan ilmu pengetahuan kepada semua pihak yang ingin mengkaji mengenai topik yang berkaitan dengan kesan prosedur operasi standard norma baharu pasca COVID-19 terhadap stres pekerja dan diharap kajian ini dapat memberikan kefahaman kepada semua pihak.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Prosedur operasi standard , Norma baharu , COVID-19 , Stres |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF1-990 Psychology > BF511-593 Affection. Feeling. Emotion H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD4801-8943 Labor. Work. Working class |
Department: | FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities |
Depositing User: | NORAINI LABUK - |
Date Deposited: | 14 Dec 2021 15:44 |
Last Modified: | 14 Dec 2021 15:44 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31390 |
Actions (login required)
View Item |