Roseniebiyana Batang (2021) Hubungan antara kepuasan kerja dan prestasi kerja dalam kalangan pekerja swasta semasa pandemik Covid-19. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
Text
Hubungan antara kepuasan kerja dan prestasi kerja dalam kalangan pekerja swasta semasa pandemik Covid-1924PGS.pdf Download (238kB) |
|
Text
Hubungan antara kepuasan kerja dan prestasi kerja dalam kalangan pekerja swasta semasa pandemik Covid-19.pdf Restricted to Registered users only Download (654kB) |
Abstract
Kajian ini adalah dijalankan bertujuan untuk mengkaji hubungan antara kepuasan kerja dengan prestasi kerja. Elemen-elemen kepuasan kerja yang terdapat dalam kajian ini adalah terdiri daripada gaji, rakan sekerja, tempat kerja atau persekitaran kerja dan kerja itu sendiri. Seterusnya, dalam kajian ini, kesemua elemen-elemen kepuasan kerja ini telah digabungkan secara menyeluruh dan tidak dikaji secara berasingan. Selain itu, kajian ini juga telah dijalankan dengan menggunakan borang kaji selidik yang dijawab oleh responden secara bersemuka dan atas talian (google form). Seramai 120 orang responden yang terdiri daripada pelbagai jenis pekerjaan dalam sektor swasta di Malaysia telah menjawab borang kaji selidik ini. Data-data ini digunapakai oleh pengkaji untuk dianalisis. Data yang telah dikumpul seterusnya dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 24. Hasil kajian ujian analisis korelasi menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan dan positif antara kepuasan kerja dan prestasi kerja. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa kepuasan kerja berupaya memainkan peranan penting sebagai pemboleh ubah tidak bersandar terhadap kepuasan kerja dalam sesebuah organisasi. Keseluruhan kajian menunjukkan elemen kepuasan kerja iaitu rakan sekerja, gaji dan kerja itu sendiri menunjukkan elemen terpenting yang dapat mempengaruhi prestasi kerja dalam kalangan pekerja swasta bagi kajian ini.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Kepuasan kerja , Prestasi kerja , Pekerja swasta , Rakan sekerja , Gaji , Kerja itu sendiri |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD4801-8943 Labor. Work. Working class > HD8038 Professions (General). Professional employees |
Department: | FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities |
Depositing User: | NORAINI LABUK - |
Date Deposited: | 14 Dec 2021 15:45 |
Last Modified: | 14 Dec 2021 15:45 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31391 |
Actions (login required)
View Item |