Muhammad Safuan Yusoff and Irma Wani Othman and Herlina Jupiter and Saifulazry Mokhtar (2021) Penguasaan bahasa ibunda sebagai medium komunikasi mahasiswa institusi pengajian tinggi Malaysia: suatu penelitian cakna bahasa negara berbilang kaum. International Journal of Education, Psychology and Counselling (IJEPC), 6. pp. 38-54. ISSN 0128-164X
Text
Penguasaan bahasa ibunda sebagai medium komunikasi mahasiswa institusi pengajian tinggi Malaysia.pdf Download (38kB) |
|
Text
Penguasaan bahasa ibunda sebagai medium komunikasi mahasiswa institusi pengajian tinggi Malaysia1.pdf Restricted to Registered users only Download (328kB) | Request a copy |
Abstract
Malaysia merupakan sebuah negara majmuk dengan komposisi berbilang bangsa, justeru melahirkan kepelbagaian bahasa komunikasi yang dituturkan hasil asimilasi etnik dari pelbagai bangsa. Bahasa Melayu merupakan bahasa ibunda yang dimartabatkan sebagai bahasa kebangsaan, lantas menjadi elemen jati diri rakyat Malaysia serta dianggap satu titik penyatuan seluruh masyarakat yang membawa kepada kesepaduan nasional. Peningkatan enrolmen pelajar antarabangsa saban tahun membuktikan keberhasilan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memenuhi visi dan misi Dasar Pengantarabangsaan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia. Namun dalam keterujaan meniti arus pemodenan pendidikan hari ini, pihak universiti menggalas tanggungjawab berat dalam mengangkat kedudukan Bahasa Melayu sebagai wadah rasmi pembelajaran dan pengajaran serta menjadi pilihan medium utama komunikasi dalam kalangan mahasiswa khususnya pelajar antarabangsa. Perbincangan kertas kerja ini terarah untuk merungkai usaha pemerkasaan bahasa Melayu dalam konteks kemahiran penguasaan bahasa yang berupaya membantu asimilasi dan akomodasi pelajar antarabangsa. Penyelidikan ini memilih pendekatan kualitatif dengan mengutilasikan kaedah temu bual separa berstruktur bagi menjana perolehan data empirikal dari kumpulan sasaran 30 pelajar antarabangsa di universiti awam Malaysia terpilih. Hasil dapatan memperlihatkan pelajar antarabangsa mengutilasikan penguasaan bahasa ibunda bagi mengiktirafkan keupayaan diri dan akur bahawa kepentingan kefahaman dan kemahiran bahasa tempatan mampu menyumbang kepada transformasi asimilasi dalam pembudayaan masyarakat multi-etnik Malaysia. Tuntasnya, penguasaan bahasa ibunda sebagai medium komunikasi mahasiswa IPT merupakan keperluan skil universal pelajar antarabangsa bagi improvasi keyakinan dan keterampilan diri dalam mendepani cabaran cakna bahasa di negara berbilang kaum.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Penguasaan Bahasa Ibunda , Medium Komunikasi , Pelajar Antarabangsa , IPT |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions - Asia, Africa, Indian Ocean islands, Australia, New Zealand, Pacific islands > LG21-961 Individual institutions > LG21-395 Asia > LG173 Malaysia P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL1-8844 Languages of Eastern Asia, Africa, Oceania |
Department: | FACULTY > Labuan Faculty of International Finance |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 22 Dec 2021 17:54 |
Last Modified: | 22 Dec 2021 17:54 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31528 |
Actions (login required)
View Item |