Relevansi akta pendidikan 1996 memacu visibiliti dan memartabat bahasa melayu sebagai bahasa ilmu dalam sektor pendidikan negara

Irma Wani Othman and Mohd Sohaimi Esa and Romzi Ationg and Nurulsyikin Muda (2021) Relevansi akta pendidikan 1996 memacu visibiliti dan memartabat bahasa melayu sebagai bahasa ilmu dalam sektor pendidikan negara. International Journal of Education, Psychology and Counselling (IJEPC), 6. pp. 137-159. ISSN 0128-164X

[img] Text
Relevansi akta pendidikan 1996 memacu visibiliti dan memartabat bahasa melayu sebagai bahasa ilmu dalam sektor pendidikan negara.pdf

Download (39kB)
[img] Text
Relevansi akta pendidikan 1996 memacu visibiliti dan memartabat bahasa melayu sebagai bahasa ilmu dalam sektor pendidikan negara1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (302kB) | Request a copy

Abstract

Relevansi Akta Pendidikan 1996 seiring usaha menggerak dan memartabat Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dibahaskan sebagai kewajaran pihak pemerintah yang cuba meletakkan kedudukan bahasa kebangsaan untuk diangkat menjadi bahasa pengantar dalam sektor pendidikan negara. Selaras dengan objektif memperkasakan bahasa kebangsaaan demi membina negara bangsa, penggubalan undang-undang berkaitan hal ehwal pendidikan telah diperkenalkan bagi memantapkan pengajaran dan pembelajaran dalam sistem persekolahan, lantas melahirkan keikhlasan diri serta kesungguhan generasi muda membudayakan bahasa ibunda. Pendekatan kualitatif ini bertumpu kepada kaedah analisis kandungan di mana data sekunder digarap dari hasil penelitian himpunan akta-akta, buku ilmiah terpilih, seleksi jurnal, bahanbahan bercetak berkaitan dan informasi digital yang signifikan dengan intipati perbahasan dalam penulisan ini. Bersandarkan kajian bersifat inaugurasi, pemilihan isu-isu diketengahkan melingkari pokok utama perbahasan yang mengaitkan penerapan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama melalui sistem persekolahan dan pengajian tinggi negara dalam sektor pendidikan negara. Dalam konteks ini, kesalinghubungan Akta Pendidikan 1996 dilihat sebagai satu perlaksanaan dan pematuhan undang-undang yang saling melengkapi, justeru memperakui kesahan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Hala tuju yang mendepani kajian setara seumpama ini wajar bersifat eksplorasi bagi merungkai pentafsiran masyarakat pascamodenisme berhubung iltizam warga negara mendukung bahasa ibunda. Bukan sahaja bersandarkan kemampuan diri untuk menguasai pertuturan dalam kehidupan seharian, bahkan berusaha gigih ke arah memacu visibiliti dan memartabat keunggulan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu pada peringkat profesional di persada dunia.

Item Type: Article
Keyword: Akta Pendidikan 1996 , Bahasa Melayu , Bahasa Ilmu , Sektor Pendidikan
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL1-8844 Languages of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL3501-3509 Non-Aryan languages of India and Southeastern Asia in general
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 22 Dec 2021 18:14
Last Modified: 22 Dec 2021 18:14
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31536

Actions (login required)

View Item View Item