Asas kaedah dan gaya pembelajaran melalui pengalaman bagi tret personaliti intuitive

Siti Norain Mohd Yassin and Ferlis Bullare @ Bahari (2016) Asas kaedah dan gaya pembelajaran melalui pengalaman bagi tret personaliti intuitive.

[img] Text
Asas kaedah dan gaya pembelajaran melalui pengalaman bagi tret personaliti intuitive-ABSTRACT.pdf

Download (64kB)
[img] Text
Asas Kaedah Dan Gaya Pembelajaran Melalui Pengalaman Bagi Tret Personaliti Intuitive.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Pedagogi dalam Pendidikan seringkali menjadi isu terutama dalam kalangan tenaga pengajar yang sentiasa berusaha untuk memberikan input yang terbaik buat pelajar mereka. Berdasarkan sukatan pelajaran (silibus) yang diberi, pelbagai cara yang kreatif dalam kaedah penyampaian dibuat semasa sesi pembelajaran berjalan di dalam kelas. Ada yang mengambil penekanan secara visual dengan menggunakan ‘Flash Card’, warna, video dan alat bantu mengajar multimedia lain malah ada juga guru-guru atau pensyarah yang suka menekankan kaedah pembelajaran melalui Peta Minda, Bacaan Kendiri, atau Teknik Menghafal seperti Mnemonic. Namun sejauh mana teknik-teknik yang diperkenalkan tersebut sesuai dan bertepatan dengan keperluan dan personaliti individu? Menurut Norhani Bakri, Zainab Razak, Hamidah Rahman, dan Aminah Khalid (2004), pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran di IPT terdiri daripada mereka yang mempunyai personaliti ‘introvert’ kerana tidak mampu menyesuaikan diri dengan teknik belajar di IPT dan memandang rendah terhadap kemampuan diri. Personaliti seringkali hanya dikaitkan dengan tingkah laku namun masih sedikit kajian dijalankan yang mampu mengaitkan personaliti dengan kecerdasan emosi dalam kaedah pembelajaran. Personaliti seseorang boleh ditentukan menggunakan instrumen pengukuran dan teori-teori dalam kajian lalu antaranya seperti MyersBriggs Type Indicator-MBTI (1940) dan juga kaedah baru yang diperkenalkan seperti STIFIn, (2013). Cara seseorang melihat dan menafsir sesuatu informasi adalah berdasarkan jenis-jenis personaliti dalam dirinya dan personaliti tersebut dipecahkan kepada 6 tret utama iaitu; Sensing, Feeling, Intuition, Thinking, Judging dan Perceiving (The MBTI Foundation, 2016). Mesin kecerdasan emosi STIFIn pula memilih 5 mesin kecerdasan iaitu; Sensing, Feeling, Intuition, Thinking dan Instinct (Farid Poniman, 2011). Kertas kerja ini adalah untuk menerangkan dan berkongsi mengenai kaedah dan gaya pembelajaran melalui pengalaman bagi personality Intuiting (juga disebut Intuitive).

Item Type: Proceedings
Keyword: Kaedah dan gaya pembelajaran , Intuitive
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 28 Dec 2021 18:05
Last Modified: 28 Dec 2021 18:05
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31565

Actions (login required)

View Item View Item