Mengapa ibu bapa kanak kanak OKU fizikal mempunyai masalah kesihatan mental?

Lineker anak Takom and Ferlis Bahari and Nurul Hudani Mohd Nawi (2016) Mengapa ibu bapa kanak kanak OKU fizikal mempunyai masalah kesihatan mental?

[img] Text
Mengapa ibu bapa kanak kanak oku fizikal mempunyai masalah ke sihatan mental-ABSTRACT.pdf

Download (70kB)
[img] Text
Mengapa Ibu Bapa Kanak Kanak Oku Fizikal Mempunyai Masalah Ke Sihatan Mental.pdf
Restricted to Registered users only

Download (721kB) | Request a copy

Abstract

Membesarkan anak kurang upaya adalah satu cabaran yang unik bagi ibu bapa. Ibu bapa perlu belajar kaedah keibubapaan yang baru dan sentiasa beradaptasi dengan segala perubahan yang berlaku pada anak kurang upaya. Kepelbagaian cabaran dalam membesarkan anak OKU fizikal ini mendatangkan tekanan dan psikologikal distress kepada kedua-dua ibu bapa. Cabaran dalam membesarkan anak OKU ini ditambah lagi dengan kehidupan di luar bandar yang serba kekurangan dari segi akses ke atas perkhidmatan kesihatan, lokasi yang jauh dari bandar dan kekurangan maklumat mengenai kanak-kanak kurang upaya. Kajian mengenai penerokaan masalah kesihatan mental dalam kalangan ibu bapa kanak-kanak OKU fizikal di luar bandar masih kurang dijalankan terutamanya di Sabah. Melihat isu ini, satu kajian induktif menggunakan kaedah kajian kes pelbagai (Eisenhardt, 1989; Yin, 2009) telah dijalankan untuk memahami isu ini. Seramai enam orang ibu bapa kanak-kanak kurang OKU fizikal telah ditemubul. Hasil analisis menggunakan Atlas.ti 7.0 telah membentuk empat kategori utama yang dicadangkan menjadi sebab ibu bapa mempunyai masalah kesihatan mental iaitu; masalah penerimaan, stigma; faktor luar bandar dan masalah kesihatan anak. Ketegori utama ini kemudian dibuktikan dengan pembentukan proposisi teoritikal menggunakan kaedah perbandingan berterusan antara data dan hipotesisi yang dibentuk (proposisi). Melalui dapatan kajian ini, adalah dicadangkan bahawa pihak kerajaan patut mengambil tindakan segera untuk meringankan beban tanggungjawab ibu bapa kanak-kanak OKU fizikal di luar Bandar.

Item Type: Proceedings
Keyword: Ibu bapa , Membesarkan anak OKU fizikal , Masalah kesihatan mental , Luar bandar
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF1-990 Psychology > BF309-499 Consciousness. Cognition - Including learning, attention, comprehension, memory, imagination, genius, intelligence, thought and thinking, psycholinguistics, mental fatigue
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 07 Jan 2022 09:20
Last Modified: 07 Jan 2022 09:20
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31577

Actions (login required)

View Item View Item