Meningkatkan ketegasan kendiri pelajar sekolah menengah menggunakan modul kecekapan hubungan intrapersonal

Fattin Navilla Abdul Ghani and Lailawati Madlan @ Endalan and Ferlis Bahari and Jasmine Adela Mutang (2016) Meningkatkan ketegasan kendiri pelajar sekolah menengah menggunakan modul kecekapan hubungan intrapersonal.

[img] Text
Meningkatkan ketegasan kendiri pelajar sekolah menengah menggunakan modul kecekapan hubungan intrapersonal-ABSTRACT.pdf

Download (58kB)
[img] Text
Meningkatkan Ketegasan Kendiri Pelajar Sekolah Menengah Menggunakan Modul Kecekapan Hubungan Intrapersonal.pdf
Restricted to Registered users only

Download (426kB) | Request a copy

Abstract

Berlaku peningkatan statistik masalah-masalah moral seperti merokok, kes pembuangan bayi, aktiviti seksual dan lain-lain. Hal demikian bukan sahaja disebabkan oleh faktor luaran sahaja seperti tekanan keluarga, kemiskinan dan lain-lain tetapi faktor dalaman juga turut mendorong kepada tingkah laku agresif. Oleh itu, mengurangkan tingkah laku agresif pelajar dengan mengenali diri dan tegas dengan pendirian seperti memberikan latihan intrapersonal iaitu salah satu komponen kecerdasan emosi kepada pelajar akan membendung pelajar daripada melakukan tingkah laku agresif. Beberapa hasil kajian telah membuktikan bahawa kemahiran Kecerdasan Emosi di bawah komponen intrapersonal seperti ketegasan diri sememangnya boleh dibentuk dan ditingkatkan pada seseorang semasa di peringkat sekolah, kolej mahu pun pada peringkat universiti melalui intervensi ataupun latihan kecerdasan emosi seperti yang telah dibuktikan dalam kajian-kajian lepas. Oleh yang demikian kaedah penyelidikan yang akan digunakan adalah eksperimen dan metod pra dan pasca (pre dan post). Objektifnya adalah untuk mengenal pasti skor kecerdasan emosi pelajar dan meningkatkan skor kecerdasan emosi sosial pelajar menggunakan Modul Latihan Kecekapan Hubungan Intrapersonal. Jangkaan terhadap hasil penyelidikan ini adalah skor kecerdasan emosi sosial dalam kalangan pelajar dalam kajian ini dapat ditingkatkan selepas menjalani latihan yang diberikan oleh penyelidik.

Item Type: Proceedings
Keyword: Kecekapan hubungan intrapersonal , Kecerdasan emosi sosial , Pelajar
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1603-1696.6 Secondary education. High schools
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 07 Jan 2022 09:34
Last Modified: 07 Jan 2022 09:34
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31584

Actions (login required)

View Item View Item