Amalan pentaksiran kemahiran insaniah murid sekolah menengah: Satu kajian awal

Mohd Hussin Musa and Christina Andin and Mohd Nasir Rayung and Syahrul Nizam Salam (2021) Amalan pentaksiran kemahiran insaniah murid sekolah menengah: Satu kajian awal. International Journal of Education, Psychology and Counselling (IJEPC), 6. pp. 126-136. ISSN 0128-164X

[img] Text
Amalan pentaksiran kemahiran insaniah murid sekolah menengah_ Satu kajian awal_ABSTRACT.pdf

Download (60kB)
[img] Text
Amalan pentaksiran kemahiran insaniah murid sekolah menengah_ Satu kajian awal.pdf
Restricted to Registered users only

Download (234kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menilai amalan pentaksiran kemahiran insaniah murid dalam kalangan guru sekolah menengah di daerah Tawau, Sabah. Seramai 271 orang guru dari 15 sekolah menengah dipilih sebagai sampel kajian. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan deskriptif secara tinjauan menggunakan borang soal selidik. Instrumen kajian terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A mengandungi soalan berkaitan ciri demografi responden manakala Bahagian B mengukur amalan pentaksiran kemahiran insaniah murid mengikut lapan kostruk kemahiran insaniah iaitu kemahiran berkomunikasi, kemahiran menggunakan teknologi, kemahiran merancang dan mengelola aktiviti, kemahiran bekerja dengan orang lain dan dalam kumpulan, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran mengurus, memilih dan menganalisis maklumat, kemahiran menggunakan idea dan teknik matematik, dan kemahiran memahami budaya. Data kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for Social science SPSS. Analisis data dilaporkan dalam bentuk peratusan, min, dan ujian-t. Dapatan kajian menunjukkan bahawa amalan pentaksiran lapan konstruk kemahiran insaniah dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) berada pada tahap sederhana. Dapatan kajian juga bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap amalan pentaksiran 8 konstruk kemahiran insaniah berdasarkan ciri demografi responden. Selain daripada itu, kajian ini juga mendapati bahawa tidak terdapat instrumen penilaian khas yang digunakan oleh guru untuk mentaksir elemen kemahiran insaniah murid dalam PdPc. Oleh yang demikian kajian ini mencadangkan pembinaan satu instrumen pentaksiran kemahiran insaniah murid sekolah menengah berdasarkan konstruk kemahiran insaniah yang bersesuaian dengan tahap perkembangan murid secara holistic.

Item Type: Article
Keyword: Kemahiran insaniah , Pentaksiran , Guru sekolah menengah
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1603-1696.6 Secondary education. High schools
Department: INSTITUTE > Borneo Institute for Indigenous Studies
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 25 Feb 2022 17:17
Last Modified: 25 Feb 2022 17:17
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31693

Actions (login required)

View Item View Item