Hubungan antara kepuasan kerja, kecerdasan emosi, motivasi dengan komitmen organisasi di kalangan guru-guru sekolah menengah di daerah Tambunan

Nur Afny Juati and Mohamad Nizam Nazarudin and Zakiah Noordin and Jumadi Musa and Hujaimah @ Siti Syafiqah Juhumin (2020) Hubungan antara kepuasan kerja, kecerdasan emosi, motivasi dengan komitmen organisasi di kalangan guru-guru sekolah menengah di daerah Tambunan. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 5. pp. 70-93. ISSN 0128-164X

[img] Text
Hubungan antara kepuasan kerja, kecerdasan emosi, motivasi dengan komitmen organisasi di kalangan guru-guru sekolah menengah di daerah Tambunan_ABSTRACT.pdf

Download (63kB)
[img] Text
Hubungan antara kepuasan kerja, kecerdasan emosi, motivasi dengan komitmen organisasi di kalangan guru-guru sekolah menengah di daerah Tambunan.pdf
Restricted to Registered users only

Download (533kB) | Request a copy

Abstract

Guru sekolah sangat memerlukan komitmen organisasi supaya mereka dapat menyumbang perkhidmatan, usaha dan tenaga mereka untuk organisasi. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara kepuasan kerja, kecerdasan emosi, motivasi dengan komitmen organisasi di kalangan guru-guru sekolah menengah di daerah Tambunan. Seramai 175 orang guru dari empat buah sekolah menengah terlibat dalam kajian ini. Set soal selidik mengandungi 97 item berskala lima Likert telah digunakan bagi mengukur maklumbalas responden. Kaedah-kaedah statistik Kolerasi Pearson, Ujian-t dan Analisis Varian Sehala (ANOVA) telah digunakan. Hasil kajian menunjukkan a) tidak terdapat perbezaan kepuasan kerja (t=1.739, p>0.05), kecerdasan emosi (t=0.203, p>0.05), motivasi (t=-0.248, p>0.05) berdasarkan jantina, b) tidak terdapat perbezaan kepuasan kerja [F(3, 174)=0.312, P=0.816] namun terdapat perbezaan yang signifikan dari segi min kecerdasan emosi [F(3, 174)=5.724, P=0.001] dan motivasi [F(3, 174)=4.901, P=0.003].berdasarkan tempoh perkhidmatan dan c) terdapat hubungan yang signifikan antara kepuasan kerja (r=0.772, p<0.05), kecerdasan emosi (r=0.855, p<0.05) dan motivasi (r=0.856, p<0.05) dengan komitmen organisasi. Implikasi kajian ini adalah guru perlulah mempunyai kepuasan kerja, kecerdasan emosi, motivasi dan komitmen yang tinggi agar sentiasa berada di dalam keadaan stabil dan seterusnya membangunkan potensi pelajar melalui pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Item Type: Article
Keyword: Kepuasan kerja , Kecerdasan emosi , Motivasi , Komitmen organisasi , Guru , Sekolah menengah
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF1-990 Psychology > BF511-593 Affection. Feeling. Emotion
L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 26 Feb 2022 05:10
Last Modified: 26 Feb 2022 05:10
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31697

Actions (login required)

View Item View Item