Perbezaan tahap profesionalisme guru tingkatan enam berdasarkan demografi terpilih

Wee, Fwen Yep and Abdul Said Ambotang (2021) Perbezaan tahap profesionalisme guru tingkatan enam berdasarkan demografi terpilih. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 6. pp. 49-59. ISSN 0128-164X

[img] Text
Perbezaan tahap profesionalisme guru tingkatan enam berdasarkan demografi terpilih_ABSTRACT.pdf

Download (63kB)
[img] Text
Perbezaan tahap profesionalisme guru tingkatan enam berdasarkan demografi terpilih.pdf
Restricted to Registered users only

Download (304kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan tahap profesionalisme guru tingkatan enam berdasarkan aspek demografi terpilih di daerah Sandakan, Sabah. Aspek demografi yang dikaji adalah jantina, umur, tempoh perkhidmatan dan kelulusan akademik tertinggi. Manakala dimensi profesionalisme guru yang dikaji adalah pengetahuan, kemahiran dan nilai profesionalisme. Jumlah responden yang digunakan adalah seramai 102 orang guru dari tujuh buah sekolah menengah yang mempunyai pendidikan tingkatan enam di daerah Sandakan. Instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk soal selidik yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian A mengandungi soalan-soalan berkaitan dengan demografi responden manakala bahagian B mengandungi soalan-soalan berkaitan dengan pemboleh ubah bersandar profesionalisme guru tingkatan enam. Data dianalisis dengan menggunakan perisian IBM Statistical Package for Social Sciences (SPSS). Analisis yang digunakan melibatkan ujian-t dan ANOVA sehala bagi mendapatkan perbezaan signifikan tahap profesionalisme guru tingkatan enam berdasarkan faktor demografi terpilih. Ujian-t digunakan bagi mengenal pasti perbezaan signifikan tahap profesionalisme guru berdasarkan aspek jantina guru dan tempoh perkhidmatan. Manakala ANOVA sehala digunakan bagi mengenal pasti perbezaan signifikan tahap profesionalisme guru tingkatan enam berdasarkan aspek umur dan kelulusan akademik tertinggi. Hasil analisis menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan tahap profesionalisme guru tingkatan enam berdasarkan aspek jantina (p=.154), umur (p=.887), tempoh perkhidmatan (p=.385) dan kelulusan akademik tertinggi (p=.230) di daerah Sandakan. Hal ini menunjukkan bahawa guru-guru tingkatan enam di daerah Sandakan tanpa mengira aspek demografi yang dikaji, telah menunjukkan tahap profesionalisme yang tinggi untuk merealisasikan kejayaan penjenamaan semula tingkatan enam. Seterusnya, penyelidik mencadangkan kajian ini diperluas ke daerah-daerah lain di negeri Sabah untuk mendapatkan gambaran yang sebenar bagi mewakili populasi guru tingkatan enam di negeri Sabah.

Item Type: Article
Keyword: Demografi , Penjenamaan semula , Profesionalisme guru tingkatan enam
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1705-2286 Education and training of teachers and administrators > LB1775-1785 Professional aspects of teaching and school administrators. Vocational guidance
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 26 Feb 2022 05:44
Last Modified: 26 Feb 2022 05:44
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31714

Actions (login required)

View Item View Item