Kepuasan kerja dan efikasi guru tingkatan enam di Pantai Barat Sabah

Ling Lin and Mohamad Nizam Nazarudin and Zakiah Noordin (2019) Kepuasan kerja dan efikasi guru tingkatan enam di Pantai Barat Sabah. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 4. pp. 51-66. ISSN 0128-164X

[img] Text
Kepuasan kerja dan efikasi guru tingkatan enam di Pantai Barat Sabah_ABSTRACT.pdf

Download (62kB)
[img] Text
Kepuasan kerja dan efikasi guru tingkatan enam di Pantai Barat Sabah.pdf
Restricted to Registered users only

Download (338kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini bertujuan bagi menentukan hubungan dan pengaruh kepuasan kerja terhadap efikasi guru-guru tingkatan enam di Pantai Barat Sabah. Kajian kuantitatif ini adalah bagi turut meninjau interaksi antara dimensi-dimensi dalam kepuasan kerja dan efikasi guru. Instrumen yang terlibat dalam kajian ini adalah Job Satisfaction Survey (JSS) dan Teachers’s Sense of Efficacy Scale (TSES) bagi mengumpul data daripada 180 responden daripada 16 buah pusat tingkatan enam di tiga daeah di Pantai Barat Sabah. Persampelan rawak berlapis bertujuan digunakan dalam pemilihan responden dalam kalangan guru akademik tingkatan enam berdasarkan mod. Data dianalisis menggunakan ANOVA satu hala, korelasi Pearson dan regresi berganda. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan kepuasan kerja dan efikasi guru dalam ketiga-ketiga mod pusat tingkatan enam. Analisis korelasi Pearson mendapati terdapat hubungan yang kuat antara kepuasan kerja dengan efikasi guru (r =.832**, p < .01). Kepuasan kerja menyumbang sebanyak 85.6 % perubahan varians dalam efikasi guru. Justeru, implikasi kajian terhadap teori dan amalan serta saranan kepada pihak sekolah, pembuat dasar dan cadangan kajian lanjutan dicadangkan dalam kajian ini.

Item Type: Article
Keyword: Kepuasan kerja , Efikasi , Guru tingkatan enam
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1705-2286 Education and training of teachers and administrators > LB1775-1785 Professional aspects of teaching and school administrators. Vocational guidance
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 26 Feb 2022 05:45
Last Modified: 26 Feb 2022 05:45
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31715

Actions (login required)

View Item View Item