Prosedur dan keberkesanan agihan bantuan kepada komuniti tempatan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa pandemik COVID-19

Mohammad Ashraf Sarakawi and Nurhatizah Jaroman and Asfarina Madjais and Jabil Mapjabil and Datu Razali Datu Eranza (2021) Prosedur dan keberkesanan agihan bantuan kepada komuniti tempatan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa pandemik COVID-19. UNSPECIFIED.

[img] Text
Prosedur dan keberkesanan agihan bantuan kepada komuniti tempatan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa pandemik COVID-19.pdf

Download (44kB)
[img] Text
Prosedur dan keberkesanan agihan bantuan kepada komuniti tempatan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa pandemik COVID-191.pdf
Restricted to Registered users only

Download (464kB) | Request a copy

Abstract

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia yang bermula pada 18 Mac 2020 kesan penularan pandemik COVID-19 memberikan implikasi yang mendalamterutamanya komuniti tempatan di negeri Sabah. Pelaksanaan PKP adalah suatu pengalaman yang baharu dalam kalangan penduduk di negara ini. Justeru, pelbagai usaha dilaksanakan untuk meringankan beban rakyat kesan pandemik dan pelaksanaan PKP tersebut, antaranya pelbagai bantuan kepada komuniti tempatan. Persoalannya, sejauh manakah prosedur dan keberkesanan agihan bantuan kepada komuniti dalam tempoh perintah kawalan pergerakan tersebut? Untuk itu, kajian ini meneliti isu prosedur dan keberkesanan agihan ini dengan merujuk kepada kajian kes kampung terpilih di daerah Kunak dan Lahad Datu, Sabah.Pendekatan yang digunakan dalam kajian ini adalah eksplorasi dan evaluatif. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif melalui pengedaran borang soal selidik dan pemerhatian di kawasan kajian. Sampel kajian adalah seramai 105 orang yang dipilih secara rawak. Hasil kajian menunjukkan terdapat tiga prosedur pengurusan agihan bantuan yang digunakan iaitu pengurusan melalui akaun bank (berkaitan kewangan), pengurusan melalui penghantaran darirumah ke rumah dan pengurusan melalui penerimaan di pusat bantuan berdekatan. Majoriti responden menyatakan bahawa prosedur pengurusan agihan bantuan adalah melaluipenghantaran dari rumah ke rumah, iaitu seramai 100 orang atau bersamaan 75.2%. Selain itu, hasil kajian turut mendapati majoriti responden iaitu seramai 70 orang responden (66.7%) menyatakan bahawa prosedur pengurusan agihan bantuan adalah ‘berkesan’, 27.6%berpendapat ‘sangat berkesan’ dan selebihnya menyatakan ‘kurang berkesan’, iaitu 5.7%. Untuk itu, hasil kajian ini adalah penting untuk dokumentasi dan rujukan literatur berkaitan isu pandemik dan komuniti serta bermanfaat untuk pihak berwajib dalam menambah baik keberkesanan prosedur agihan bantuan kepada komuniti tempatan pada masa hadapan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Prosedur , Keberkesanan , Penduduk tempatan , Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) , Pandemik COVID-19
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H1-99 Social sciences (General)
R Medicine > RA Public aspects of medicine > RA1-1270 Public aspects of medicine
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 26 Feb 2022 05:55
Last Modified: 26 Feb 2022 05:55
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31733

Actions (login required)

View Item View Item