Kong, Wai Kwan (2005) Pembangunan produk gula-gula jeli aloe vera. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000198.pdf Download (5MB) | Preview |
Abstract
Projek penyelidikan ini dijalankan untuk membangunkan produk gula-gula jeli herba berasaskan herba tempatan, aloe vera. Kajian awal meliputi penerbitan 12 formulasi dengan melakukan pengubahsuaian peratusan bahan-bahan mentah yang digunakan. Pengubahsuaian ini melibatkan 15.0%, 20.0% dan 25.0% jus aloe vera. 1.0% dan 2.0% pektin serta 1.0% dan 1.5% asid sitrik. Ujian pemeringkatan dijalankan ke atas produk yang dihasilkan dalam dua sesi, dimana tiga formulasi terbaik dipilih daripada 12 formulasi tersebut. Formulasi 8 dengan kandungan jus aloe vera 20.0%, 2.0% pektin, 1.5% asid sitrik, 28.5% gula, 5.0% air, 4.4% gula halus dan 0.3% natrium sitrat telah dipilih sebagai formulasi terbaik melalui ujian skala hedonik. Analisis kimia yang dijalankan menunjukkan gula-gula jeli aloe vera mempunyai jumlah pepejal terlarut 78.7 ± 0.58 °Briks, nilai pH 3.27 ± 0.01 dan 1.09 ± 0.01% kandungan asid. Hasil analisis proksimat menunjukkan produk gula-gula jeli aloe vera mengandungi 16.26 ± 0.02% air, 0.30 ± 0.08% abu, 0.30 ± 0.02% serabut kasar, 0.64 ± 0.12% lemak, 0.12 ± 0.02% protein dan 82.38 ± 0.15% karbohidrat. Kajian mutu simpanan produk akhir melalui analisis kimia dan ujian sensori tidak menunjukkan perbezaan berberti (p>0.05) berbanding dengan produk segar. Keputusan ujian mikrobiologi yang menggunakan kaedah Total Plate Count menunjukkan produk gula-gula jeli aloe vera adalah bebas daripada kehadiran mikroorganisma setelah disimpan selama tujuh minggu.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Candy, Jelly, Aloe Vera |
Subjects: | T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply |
Department: | SCHOOL > School of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 16 Aug 2011 11:30 |
Last Modified: | 19 Oct 2017 13:53 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3197 |
Actions (login required)
View Item |