Faktor penyumbang terhadap pencapaian sifar ujian penilaian sekolah rendah di Sarawak

Abdul Said Ambotang and Baharom Mohamad and Mohd. Yusof Abdullah and Muhamad Suhaimi Taat and Roslee Talip (2014) Faktor penyumbang terhadap pencapaian sifar ujian penilaian sekolah rendah di Sarawak. Sains Humanika, 2. pp. 191-196. ISSN 2289-6996

[img] Text
Faktor penyumbang terhadap pencapaian sifar ujian penilaian sekolah rendah di Sarawak_ABSTRACT.pdf

Download (58kB)
[img] Text
Faktor penyumbang terhadap pencapaian sifar ujian penilaian sekolah rendah di Sarawak.pdf
Restricted to Registered users only

Download (489kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti faktor penyumbang terhadap pencapaian sifar UPSR di sekolah yang terpilih di negeri Sarawak. Banyak faktor yang mempengaruhi keputusan UPSR sekolah yang terlibat dalam kajian ini sehingga berprestasi sifar (0%). Keputusan yang pada tahap paling rendah ini telah menimbulkan persepsi yang negatif bahawa pihak sekolah khasnya guru-guru tidak mengajar dengan sepenuhnya. Dalam hal ini, hasil kajian menunjukkan bahawa kegagalan ataupun kejayaan murid-murid dalam akademik dan UPSR bukan hanya bergantung kepada usaha guru semata-mata malah melibatkan penyertaan semua pihak yang merangkumi Jabatan Pelajaran, pengurus sekolah, guru-guru, murid-murid, para ibu bapa dan lain-lain yang lagi secara unik dan holistik. Justeru itu, bagi menangani fenomena yang tidak sihat ini, setiap pihak atau individu harus membuat refleksi diri dan disusuli dengan tindakan penambahbaikan yang bukan sahaja kepada diri sendiri malah memberi impak yang positif kepada setiap insan terlibat.

Item Type: Article
Keyword: Berprestasi sifar , Persepsi negatif
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1501-1547 Primary education
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 24 Mar 2022 15:24
Last Modified: 24 Mar 2022 15:24
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32028

Actions (login required)

View Item View Item