Kemiskinan digital: cabaran pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) pelajar sekolah menengah di Kota Belud

Lee, Kuok Tiung and Aisah Meri (2021) Kemiskinan digital: cabaran pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) pelajar sekolah menengah di Kota Belud. Journal of Communication Education, 1. pp. 46-61. ISSN 2773-630X

[img] Text
Kemiskinan digital.pdf

Download (40kB)
[img] Text
Kemiskinan digital1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (496kB) | Request a copy

Abstract

Kajian eksploratori ini bertujuan meninjau cabaran Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dalam kalangan pelajar yang merupakan salah satu isu prioriti dalam wacana kemiskinan digital di Sabah semenjak kerajaan memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac 2020 ekoran penularan pandemik Covid19. Fokusnya menjurus kepada dua persoalan pokok iaitu pemilikan gajet komunikasi seperti telefon pintar atau komputer riba, dan keduanya adalah akses kepada internet. Tahap celik Teknologi Maklumat (IT) juga memainkan peranan penting kesediaan masyarakat menerima pakai Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT). Hasil survei berdasarkan jawapan daripada 341 responden dari 10 buah sekolah menengah di sekitar pekan Kota Belud menggunakan Google Form menunjukkan pada dasarnya mereka menerima baik PdPR. Rata-rata bersetuju perancangan awal, persediaan diri, disiplin serta sikap mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran dalam talian. Ibu bapa dan guru-guru memainkan peranan penting membantu pelajar menyesuaikan diri dengan norma baharu ini. Menariknya kadar pemilikan gajet khususnya telefon pintar dalam kalangan responden adalah sangat tinggi. Begitupun, mereka sangat mengalu-alukan sebarang inisiatif oleh kerajaan dalam soal pemilikan gajet dan prasarana telekomunikasi.

Item Type: Article
Keyword: Kemiskinan digital , Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah , PdPR , Perintah Kawalan Pergerakan , PKP , Teknologi Maklumat , IT , Literasi media digital
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1603-1696.6 Secondary education. High schools
R Medicine > RA Public aspects of medicine > RA1-1270 Public aspects of medicine > RA421-790.95 Public health. Hygiene. Preventive medicine > RA648.5-767 Epidemics. Epidemiology. Quarantine. Disinfection
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 29 Mar 2022 17:43
Last Modified: 29 Mar 2022 17:43
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32083

Actions (login required)

View Item View Item