Impak pandemik covid-19 terhadap aliran wang tunai pengusaha makanan pks di Kota Kinabalu, Sabah

Rima Abdul Rahman and Harifah Mohd Noor and Adilah Md Ramli (2021) Impak pandemik covid-19 terhadap aliran wang tunai pengusaha makanan pks di Kota Kinabalu, Sabah.

[img] Text
Impak pandemik covid-19 terhadap aliran wang tunai pengusaha makanan pks di Kota Kinabalu, Sabah.ABSTRACT.pdf

Download (61kB)
[img] Text
IMPAK PANDEMIK COVID-19 TERHADAP ALIRAN WANG TUNAI PENGUSAHA MAKANAN PKS DI KOTA KINABALU, SABAH.pdf
Restricted to Registered users only

Download (536kB) | Request a copy

Abstract

Pada era pandemik Covid-19 keberkesanan dalam penyampaian maklumat secara atas talian adalah signifikan dalam meneruskan aktiviti harian disamping berhadapan dengan norma baharu seperti perintah kawalan pergerakkan. Penyampaian maklumat secara atas talian merupakan suatu pergerakkan maklumat secara maya yang dilakukan daripada pengirim kepada penerima. .Keberkesanan penyampaian maklumat adalah penting dari pelbagai aspek terutamanya dalam aspek pendidikan pelajar sekolah yang tidak dapat meneruskan proses pembelajaran secara sedia kala. Namun, keberkesanan membawa kepada pelbagai makna dan erti mengikut konteks yang digunapakai oleh pengkaji-pengkaji lepas berdasarkan pergerakkan di dalam sesuatu ruangan. Walaubagaimanapun, terdapat pelbagai aspek yang mempengaruhi keberkesanan penyampaian maklumat secara atas talian. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk melihat faktor keberkesanan penyampaian maklumat secara atas talian dalam proses pembelajaran pada era pandemik Covid-19. Makalah ini menggunakan sumber sekunder untuk menerangkan keberkesanan penyampaian maklumat secara atas talian. Sumber sekunder yang digunapakai adalah artikel, jurnal, buku, tesis dan laporan. Analisis kandungan dilakukan dalam kajian ini bagi merungkaikan faktor keberkesanan dalam penyampaian maklumat secara atas talian. Hasil mendapati keberkesanan pergerakkan maklumat secara atas talian dipengaruhi oleh angkubah-angkubah penting iaitu dari aspek ICT, aspek kemudahan, dan aspek penerimaan dan seterusnya mempengaruhi proses pembelajaran pelajar dalam pendidikan. Kesimpulannya, melalui kajian ini ilmu pengetahuan dapat diimplikasikan dan dari sudut praktikal pula dapat membantu pihak bertanggungjawab seperti Kementerian Pendidikan Malaysia dalam mewujudkan proses pembelajaran yang kondusif serta efektif secara atas talian.

Item Type: Proceedings
Keyword: Pengusaha makanan , Covid-19 , Kewangan, Kategori perniagaan , Isu , Punca
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce > HF1-6182 Commerce > HF5001-6182 Business
T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 19 Apr 2022 14:07
Last Modified: 19 Apr 2022 14:07
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32337

Actions (login required)

View Item View Item