Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian bagi kursus UL03302 kelestarian dan dokumentasi bahasa

Wong, Jane Kong Ling and Mohd Juhar Harun (2021) Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian bagi kursus UL03302 kelestarian dan dokumentasi bahasa.

[img] Text
Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian bagi kursus UL03302 kelestarian dan dokumentasi bahasa.ABSTRACT.pdf

Download (62kB)
[img] Text
Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian bagi kursus UL03302 kelestarian dan dokumentasi bahasa.pdf
Restricted to Registered users only

Download (544kB) | Request a copy

Abstract

Pembelajaran kursus baharu yang memfokuskan kepada kelestarian dan dokumentasi bahasa dalam kalangan mahasiswa di Institut Pengajian Tinggi (IPT) amat penting. Oleh yang demikian, Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mewujudkan satu kursus elektif liberal UL03302 Kelestarian dan Dokumentasi Bahasa bermula pada semester satu sesi 2020/2021. Oleh disebabkan keadaan pandemik Covid-19 di seluruh negara, proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) diadakan sepenuhnya secara dalam talian kepada para pelajar yang memilih kursus ini. Proses PdP menggunakan platform aplikasi dalam talian atau teknologi digital. Oleh yang demikian, menyedari fenomena proses PdP kursus baharu ini berubah secara drastik mengikut keperluan dan keadaan semasa, satu penulisan dilakukan khusus bagi membincangkan tentang keberkesanan proses PdP secara atas talian kepada pelajar yang mengambil kursus kelestarian dan dokumentasi bahasa yang baharu ditawarkan di PPIB. Objektif penulisan ini adalah untuk meneliti keberkesanan cara PdP subjek baharu yang ditawarkan dan tahap ketersampaian serta kefahaman pelajar sepanjang proses PdP tersebut diadakan secara dalam talian. Analisis hasil dapatan kajian akan dibincangkan berdasarkan proses gerak kerja PdP yang diadakan sepanjang empat belas minggu kuliah, maklum balas survey dari semasa ke semasa dan melalui maklum balas borang PK07 serta keputusan gred keseluruhan pelajar bagi peperiksaan akhir semester pertama sesi 2020/2021 kursus kelestarian dan dokumentasi bahasa.

Item Type: Proceedings
Keyword: Pengajaran dan pembelajaran dalam talian , Kelestarian dan dokumentasi bahasa , UL03302 , Teknologi digital , Pandemik Covid-19
Subjects: L Education > LA History of education > LA5-2396 History of education > LA173-186 Higher education
L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 22 Apr 2022 15:23
Last Modified: 22 Apr 2022 15:23
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32411

Actions (login required)

View Item View Item