Ciri-ciri dan faktor kemiskinan digital yang di hadapi peniaga luar bandar di kawasan Sipitang

Nur Firzana Rosman and Kee Y. Sabariah Kee Mohd Yussof (2021) Ciri-ciri dan faktor kemiskinan digital yang di hadapi peniaga luar bandar di kawasan Sipitang.

[img] Text
Ciri-ciri dan faktor kemiskinan digital yang di hadapi peniaga luar bandar di kawasan Sipitang.ABSTRACT.pdf

Download (55kB)
[img] Text
CIRI-CIRI DAN FAKTOR KEMISKINAN DIGITAL YANG DI HADAPI PENIAGA LUAR BANDAR DI KAWASAN SIPITANG.pdf
Restricted to Registered users only

Download (128kB) | Request a copy

Abstract

Perubahan landskap ekonomi yang mulai beradaptasi dengan perniagaan atas talian berikutan penutupan pasar tamu dalam tempoh Perlaksanaan Kawalan Pergerakan (PKP) telah menimbul isu kemiskinan digital terutamanya kepada golongan peniaga di luar bandar. Walaupun perniagaan atas talian menjadi alternatif untuk menjana pendapatan semasa tempoh PKP, namun penurunan penggunaan Internet luar bandar dari tahun 2014 sehingga 2020 menggambarkan golongan ini tidak mampu beradaptasi dengan perubahan landskap ekonomi. Ia secara tidak langsung memberi impak kepada peniaga luar bandar berikutan penutupan pasar tamu sehingga menyebabkan penjanaan pendapatan mereka terhenti dan turut berhadapan dengan masalah kemiskinan digital. Hasil temu bual beberapa orang informan mendapati peniaga luar bandar berhadapan dengan ciri-ciri kemiskinan yang mana mereka mengalami kesukaran untuk menggunakan teknologi sebagai platform berniaga walaupun mereka mempunyai akses Internet akan tetapi penggunaannya masih secara pasif. Terdapat dua faktor yang menjadi penghalang kepada peniaga luar bandar untuk menyertai perniagaan atas talian iaitu faktor kekurangan pengetahuan dan kemahiran dalam menggunakan teknologi. Ini berikutan kursus berkaitan teknologi jarang diadakan kawasan Sipitang. Faktor seterusnya ialah jurang generasi dan sukar menerima perubahan, golongan ini berpendapat bahawa kemahiran teknologi hanya perlu dipelajari oleh golongan muda dan lebih selesa berniaga di pasar tamu menyebabkan mereka sukar beradaptasi dengan teknologi dan berniaga atas talian.

Item Type: Proceedings
Keyword: Kemiskinan digital , Covid-19 , Peniaga luar bandar , Pasar tamu , Perniagaan atas talian
Subjects: H Social Sciences > HB Economic theory. Demography > HB1-3840 Economic theory. Demography
H Social Sciences > HF Commerce > HF1-6182 Commerce > HF5001-6182 Business
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 26 Apr 2022 10:01
Last Modified: 26 Apr 2022 10:01
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32486

Actions (login required)

View Item View Item