Haryati Abdul Karim and Mohd Yusof Ibrahim (2021) Literasi kesihatan di kalangan masyarakat luar bandar sabah: isu komunikai kesihatan & konteks.
Text
Literasi kesihatan di kalangan masyarakat luar bandar Sabah, Isu komunikai kesihatan & konteks.ABSTRACT.pdf Download (60kB) |
|
Text
Literasi kesihatan di kalangan masyarakat luar bandar sabah, isu komunikai kesihatan & konteks.pdf Restricted to Registered users only Download (460kB) | Request a copy |
Abstract
Kertas kerja ini bertujuan untuk mengetengahkan isu komunikasi kesihatan yang dikaitkan dengan tahap literasi kesihatan yang rendah di kalangan masyarakat luar bandar Sabah dan bagaimana pendekatan komunikasi awam seperti ceramah kesihatan masih diperlukan untuk meningkatkan literasi kesihatan mereka. Kajian Tinjauan Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan Malaysia melaporkan kadar prevalens literasi kesihatan rakyat Malaysia di kategori 3 (adequate health literacy) di tahun 2015 adalah sejumlah 6.6 peratus (Institut Kesihatan Umum, 2015). Dalam kajian itu juga, kadar prevalen yang tinggi bagi tahap literasi kesihatan penduduk negeri Sabah adalah di kategori 1 (Limited Likely Literacy) (Institut Kesihatan Umum, 2015). Ini bermakna tahap literasi kesihatan penduduk Sabah berada di kategori paling asas. Lantaran itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji mengapa ia berlaku dengan memfokus di kawasan luar bandar dengan pelbagai kempen pendidikan kesihatan dilakukan. Kajian dua tahun ini dijalankan menggunakan pendekatan kualitatif seperti pendekatan komunikasi awam seperti ceramah kesihatan masih diperlukan untuk meningkatkan literasi kesihatan mereka. Kajian Tinjauan Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan Malaysia melaporkan kadar prevalens literasi kesihatan rakyat Malaysia di kategori 3 (adequate health literacy) di tahun 2015 adalah sejumlah 6.6 peratus (Institut Kesihatan Umum, 2015). Dalam kajian itu juga, kadar prevalen yang tinggi bagi tahap literasi kesihatan penduduk negeri Sabah adalah di kategori 1 (Limited Likely Literacy) (Institut Kesihatan Umum, 2015). Ini bermakna tahap literasi kesihatan penduduk Sabah berada di kategori paling asas. Lantaran itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji mengapa ia berlaku dengan memfokus di kawasan luar bandar dengan pelbagai kempen pendidikan kesihatan dilakukan. Kajian dua tahun ini dijalankan menggunakan pendekatan kualitatif seperti temuramah dengan 42 informan dari Nabawan, Ranau, Kota Belud dan Beaufort di tahun 2017-2019. Bagaimanapun, kaedah tinjauan menggunakan borang soal-selidik juga digunakan kerana maklumat tentang penggunaan media untuk maklumat kesihatan adalah terbatas di Sabah. Hasil kajian mendapati selain dari faktor kemiskinan, tahap pendidikan yang rendah menyebabkan masyarakat tidak mempunyai kemahiran digital dan media untuk mencari dan memahami informasi kesihatan di media baru. Faktor celik huruf yang rendah menyebabkan mereka tidak memahami maklumat kesihatan yang disampaikan di media sosial sehingga mereka bergantung kepada komunikasi bersemuka untuk tujuan itu. Di samping itu, pelbagai masalah komunikasi timbul seperti keterbatasan akses kepada informasi kesihatan dalam masyarakat yang dikaji menyebabkan literasi kesihatan mereka berada di tahap rendah.Sumber maklumat kesihatan mereka adalah daripada doktor apabila mereka sakit.
Item Type: | Proceedings |
---|---|
Keyword: | Literasi kesihatan , Luar bandar , Sabah , Komunikasi , Informasi |
Subjects: | R Medicine > RA Public aspects of medicine > RA1-1270 Public aspects of medicine |
Department: | FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 26 Apr 2022 12:45 |
Last Modified: | 26 Apr 2022 12:45 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32488 |
Actions (login required)
View Item |