Profil Literasi Alam Sekitar Mengikut Faktor Demografi Pelajar Sekolah Menengah di Tawau, Sabah

Ahmadi Abd Wahab and Mohammad Tahir Mapa (2021) Profil Literasi Alam Sekitar Mengikut Faktor Demografi Pelajar Sekolah Menengah di Tawau, Sabah. Jurnal Kinabalu, 27. pp. 1-19. ISSN 2600-867X

[img] Text
Profil Literasi Alam Sekitar .pdf

Download (41kB)
[img] Text
Profil Literasi Alam Sekitar 1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (371kB) | Request a copy

Abstract

Deklarasi Tbilisi yang diadakan pada tahun 1977 telah membawa perubahan penting dalam pelaksanaan Pendidikan Alam Sekitar (PAS). Lima objektif utama PAS yang disepakati dalam deklarasi tersebut merangkumi elemen kesedaran, pengetahuan, sikap, kemahiran dan penglibatan. Sementara itu, Literasi alam sekitar (LAS) pula merupakan matlamat dalam kurikulum Pendidikan Alam Sekitar (PAS) di peringkat sekolah. Setelah 43 tahun deklarasi tersebut diperkenalkan, kajian menyeluruh diperlukan untuk menyediakan data tentang tahap literasi alam sekitar pelajar sekolah menengah di Malaysia. Ia penting untuk menilai keberkesanan amalan PAS dan seterusnya menilai pencapaian matlamat membentuk tingkah laku bertanggungjawab alam sekitar dalam kalangan pelajar. Justeru, kajian ini dilaksanakan sebagai langkah awal untuk mengenal pasti profil tahap domain LAS pelajar mengikut faktor demografi (aliran) dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Tawau, Sabah. Seterusnya menilai profil tahap komponen LAS pelajar mengikut aliran. Akhirnya, rumusan keseluruhan tahap LAS mengikut aliran pelajar turut dinilai dalam kajian ini. Responden kajian melibatkan 12 buah sekolah menengah kategori bandar. Seramai 328 orang pelajar tingkatan empat terlibat dalam kajian ini. Data dikumpul menggunakan borang soal selidik dan dianalisis menggunakan perisian IBM SPSS 25. Hasil kajian mendapati literasi alam sekitar mengikut aliran menunjukkan bahawa pelajar aliran sains tulen dan kemanusiaan mempunyai tahap yang sangat baik dalam domain kemahiran dan afektif alam sekitar. Namun demikian, mereka hanya mencapai tahap baik dalam domain pengetahuan dan tingkah laku alam sekitar. Secara keseluruhannya, tahap LAS mengikut aliran pula menunjukkan bahawa pelajar aliran sains tulen mencatat SM = 70.9 berbanding pelajar aliran kemanusiaan SM = 72.3. Berdasarkan skor tersebut, secara keseluruhannya tahap LAS mengikut aliran adalah dalam kategori sederhana. Justeru, bagi mencapai tahap LAS yang tinggi, pendidikan alam sekitar di sekolah perlu diperkasakan.

Item Type: Article
Keyword: Literasi alam sekitar , Responsible environmental behavior , Pendidikan alam sekitar , Tingkah laku alam sekitar , Pelajar sekolah menengah
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1603-1696.6 Secondary education. High schools
L Education > LC Special aspects of education > LC8-6691 Special aspects of education > LC65-245 Social aspects of education > LC149-161 Literacy. Illiteracy
L Education > LG Individual institutions - Asia, Africa, Indian Ocean islands, Australia, New Zealand, Pacific islands > LG21-961 Individual institutions > LG21-395 Asia > LG173 Malaysia
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 08 Jun 2022 10:17
Last Modified: 08 Jun 2022 10:17
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32662

Actions (login required)

View Item View Item