Tinjauan Awal Keberkesanan Kempen Stay-at-home Terhadap Masyarakat di Kota Kinabalu, Sabah

Sitinurbayu Mohd Yusoff and Syahruddin Ag. Ahmad and Dzurizah Ibrahim and Aisah Meri and Cyril Modili (2021) Tinjauan Awal Keberkesanan Kempen Stay-at-home Terhadap Masyarakat di Kota Kinabalu, Sabah. Jurnal Kinabalu, 27. pp. 197-210. ISSN 2600-867X

[img] Text
Tinjauan Awal Keberkesanan Kempen Stay-at-home Terhadap Masyarakat di Kota Kinabalu, Sabah.pdf

Download (41kB)
[img] Text
Tinjauan Awal Keberkesanan Kempen Stay-at-home Terhadap Masyarakat di Kota Kinabalu, Sabah.pdf
Restricted to Registered users only

Download (317kB) | Request a copy

Abstract

Dunia telah dikejutkan dengan penularan wabak pandemik yang baharu dan sangat berbahaya iaitu penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) yang merupakan strain baharu Coronavirus. Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), penyakit ini berjangkit daripada individu kepada individu melalui titisan pernafasan atau sentuhan dan penyakit ini merupakan famili virus yang menyebabkan pelbagai penyakit dari selesema hingga ke penyakit yang lebih teruk seperti penyakit MERS-CoV dan SARS-CoV. Penyakit yang melibatkan pernafasan ini mula dikesan di Wuhan, China pada Disember 2019. Selepas China, penyakit ini telah merebak ke seluruh dunia dengan pantas dan Kerajaan Malaysia telah mengambil beberapa langkah dalam usaha untuk membendung wabak COVID-19 daripada terus menular di negara ini. Antara langkah yang diambil oleh kerajaan adalah menerusi kempen kesedaran awam kepada masyarakat oleh KKM yang dilaksanakan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kempen Stay-at-Home merupakan salah satu daripada kempen kesedaran awam yang terawal diperkenalkan dengan harapan rantaian penyakit berjangkit ini dapat diputuskan. Kajian ini dilakukan untuk melihat kesan mesej dalam Kempen Stay-at-Home terhadap pengetahuan, sikap dan amalan masyarakat Malaysia khususnya di Kota Kinabalu, Sabah. Justeru, berpandukan kepada Teori KAP (Knowledge, Attitude, Practice), satu kajian rintis telah dilakukan terhadap 30 orang responden yang dipilih secara rawak menggunakan instrumen soal selidik dalam talian (Google Form) di sekitar Kota Kinabalu, Sabah. Hasil kajian menunjukkan bahawa majoriti masyarakat di Kota Kinabalu akur dengan arahan PKP agar terus kekal berada di rumah. Menerusi Kempen Stay-at-Home yang dianjurkan, masyarakat bersetuju dengan arahan untuk bekerja dan belajar dari rumah sebagai langkah untuk melindungi diri mereka dan keluarga dari dijangkiti virus COVID-19.

Item Type: Article
Keyword: Kempen kesedaran awam , Teori KAP , Pengetahuan , Sikap , Amalan , COVID-19
Subjects: R Medicine > RA Public aspects of medicine > RA1-1270 Public aspects of medicine > RA421-790.95 Public health. Hygiene. Preventive medicine > RA428-428.5 Public health laboratories, institutes, etc.
R Medicine > RA Public aspects of medicine > RA1-1270 Public aspects of medicine > RA421-790.95 Public health. Hygiene. Preventive medicine > RA648.5-767 Epidemics. Epidemiology. Quarantine. Disinfection
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 08 Jun 2022 12:35
Last Modified: 08 Jun 2022 12:35
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32691

Actions (login required)

View Item View Item