Pengaruh beban tugas dan motivasi terhadap keefisienan kerja guru sekolah menengah di Sabah

Arzizul Antin (2019) Pengaruh beban tugas dan motivasi terhadap keefisienan kerja guru sekolah menengah di Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
Pengaruh beban tugas dan motivasi terhadap keefisienan kerja guru sekolah menengah di Sabah.24pages.pdf

Download (906kB)
[img] Text
Pengaruh beban tugas dan motivasi terhadap keefisienan kerja guru sekolah menengah di Sabah.FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (13MB)

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi mengkaji pengaruh beban tugas dan motivasi terhadap keefisienan kerja guru sekolah menengah di Sabah. Seban tugas merupakan variabel eksogen dan keefisienan kerja guru merupakan variabel endogen. Motivasi guru pula bertindak sebagai variabel mediator. Kajian ini bereka bentuk bukan eksperimen menggunakan pendekatan kuantitatif dan kaedah tinjauan menggunakan instrumen soal selidik yang mengandungi empat bahagian. Sahagian A (Demografi Guru), Sahagian B (Seban Tugas Guru), Sahagian C (Motivasi Guru), dan Sahagian D (Keefisienan Kerja Guru). Seramai 375 orang guru sekolah menengah di Sabah dijadikan sampel kajian yang dipilih menggunakan kaedah persampelan rawak mudah. Data daripada responden dianalisis secara analisis statistik deskriptif dan analisis statistik inferensi menggunakan perisian SPSS dan IBM AMOS. Analisis ANOVA Sehala Sampel Bebas digunakan untuk menentukan perbezaan skor min beban tugas, motivasi, dan keefisienan kerja guru berdasarkan tempoh berkhidmat. Analisis Korelasi Pearson pula digunakan bagi menganalisis hubungan antara beban tugas, motivasi, dan keefisienan kerja guru. Analisis Regresi Berganda digunakan untuk menganalisis pengaruh beban tugas dan motivasi terhadap keefisienan kerja guru. Analisis Laluan (path analysis) digunakan bagi menganalisis hubungan dan pengaruh secara langsung dan tidak langsung antara beban tugas dan motivasi terhadap keefisienan kerja Guru. Hasil analisis ANOVA Sehala Sampel Bebas menunjukkan terdapat perbezaan tahap beban tugas (F=6.50, P<0.05) dan motivasi guru (F=8.55, P<0.05) berdasarkan tempoh berkhidmat. Tahap keefisienan kerja guru pula tidak menunjukkan perbezaan berdasarkan tempoh berkhidmat (F=0.05, P>0.05). Analisis Korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan antara beban tugas dengan motivasi guru (r=0.22, P<0.05), terdapat hubungan antara motivasi dengan keefisienan kerja guru (r=0.60, P<0.05), dan terdapat hubungan antara beban tugas dengan keefisienan kerja guru (r=0.32, P<0.05). Analisis Regresi Berganda menunjukkan terdapat pengaruh beban tugas dan motivasi terhadap keefisienan kerja guru sebanyak 39.4 peratus. Analisis Laluan turut menunjukkan terdapat pengaruh secara langsung dan tidak langsung antara beban tugas dan motivasi terhadap keefisienan kerja guru sebanyak 34 peratus (f3=0.34). Dapatan kajian ini memberi sumbangan terhadap pengembangan teori dan model berdasarkan model regresi yang dibina dan memberi input berguna khususnya kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, pentadbir sekolah, dan para guru dalam memacu sistem pendidikan negara.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Beban tugas , Motivasi , Kerja , Guru
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF1-990 Psychology > BF501-505 Motivation
L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization > LB2832-2844.1 Teaching personnel
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 07 Jun 2022 16:27
Last Modified: 07 Jun 2022 16:27
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32870

Actions (login required)

View Item View Item