Peranan literasi kewangan, pengurusan kewangan, dan dorongan tingkah laku terhadap simpanan persaraan di Malaysia

Mat Salleh @ Salleh Wahab (2020) Peranan literasi kewangan, pengurusan kewangan, dan dorongan tingkah laku terhadap simpanan persaraan di Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
Peranan literasi kewangan pengurusan kewangandan dorongan tingkah laku terhadap simpanan persaraan di Malaysia.24PAGES.pdf

Download (934kB)
[img] Text
Peranan literasi kewangan pengurusan kewangandan dorongan tingkah laku terhadap simpanan persaraan di Malaysia.FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (10MB)

Abstract

Malaysia merupakan sebuah negara membangun yang memiliki tahap kecelikan dan urus tadbir kewangan yang baik dan sempurna. Walaupun pencapaian tersebut sepatutnya memberikan impak positif kepada tingkah laku kewangan penduduknya, namun prestasi simpanan wang khususnya yang bermotifkan persaraan kekal berada pada paras yang rendah dan mendukacitakan. Justeru itu, kajian kuantitatif ini dilaksanakan bagi memahami pengaruh sebenar faktor literasi kewangan mengikut peringkat pencapaian yang berbeza, serta peranan pengurusan kewangan dan dorongan perilaku niat terhadap simpanan persaraan di kalangan pekerja di Malaysia. Selain itu, fungsi pengantaraan selari yang menjadi antara alternatif bagi mengimbangi kepantasan tindak balas dan pemikiran dinamik masa kini juga diaplikasikan untuk menilai sikap individu, pengaruh sosial, dan faktor kawalan terhadap hubungan konstruk endogenus dan eksogenus dalam model struktur. Sejumlah 194 maklum balas sampel secara soal selidik telah diterima dan disahkan untuk analisis akhir menggunakan program statistik IBM SPSS, Model Persamaan Berstruktur (SmartPLS), dan PROCESS Macro. Hasil kajian menunjukkan berlakunya perbezaan pengaruh di antara literasi kewangan asas dengan literasi kewangan mahir. Literasi asas yang berkaitan dengan aktiviti rutin dan transaksi kewangan harian telah gagal menunjukkan kesan pengaruh yang signifikan. Sebaliknya, literasi kewangan mahir yang menyentuh kepada keupayaan pengetahuan individu terhadap instrumen dan portfolio kewangan seperti saham, ban, dan sebagainya didapati mempengaruhi secara positif dorongan perilaku niat simpanan persaraan. Literasi kewangan asas hanya mengukur keupayaan kognitif untuk berfungsi secara logik, manakala literasi kewangan mahir pula mendorong kepada perilaku niat dan seterusnya proses keputusan dan tingkah laku kewangan individu khususnya simpanan wang persaraan yang sempurna. Fungsi pengurusan kewangan yang menyentuh aktiviti penerimaan, perbelanjaan, simpanan, dan pelaburan juga dikesan mempengaruhi perilaku simpanan persaraan. Selain itu, dorongan perilaku niatyang merangkumi faktor sikap individu, pengaruh sosial, dan faktor kawalan dikesan mempengaruhi sama ada secara terus, ataupun bertindak sebagai fungsi pengantaraan selari hubungan literasi kewangan mahir dan pengurusan kewangan terhadap perilaku simpanan persaraan. Sebaliknya, tidak terdapat kesan pengantaraan selari hubungan literasi kewangan asas dengan simpanan persaraan, sekali gus mengesahkan kegagalan pengetahuan asas dalam mempengaruhi sama ada secara terus ataupun menerusi fungsi pengantaraan periiaku niatkewangan yang disasarkan. Selain menambah baik kaedah penilaian literasi kewangan dengan menggunakan indeks pengukuran yang berbeza, kajian ini juga memberikan sumbangan teoretikal dengan memperkenalkan model pengantaraan secara selari sebagai alternatif kepada model konvensional sedia ada, menaik taraf model Teori Tingkah laku Dirancang, serta membangunkan model konseptual bagi meramal simpanan wang berbanding rancangan dan keyakinan persaraan. Sebagai sebuah negara inklusif yang dilengkapi dengan sistem dan prasarana moden, kerajaan selaku penggubal dasar boleh melaksanakan beberapa syor penambahbaikan yang dicadangkan, dan sekali gus menjadi pemangkin kepada peningkatan prestasi simpanan persaraan dan perilaku niat kewangan di Malaysia.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Keyword: Kewangan , Simpanan persaraan , Ekonomi
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF1-990 Psychology > BF698-698.9 Personality
H Social Sciences > HG Finance > HG1-9999 Finance > HG179 Personal finance
Department: FACULTY > Faculty of Business, Economics and Accounting
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 07 Jun 2022 16:32
Last Modified: 14 Jul 2022 14:25
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32874

Actions (login required)

View Item View Item