Anne Jeffrey Kihob and Saidatul Nornis Mahali (2021) Penguasaan murid tentang penggunanan imbuhan MeN-, di- & BeR- dalam penulisan karangan respon terbuka. MANU: Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), 32. pp. 89-110. ISSN 1511-1989 (P-ISSN) , 2590-4086 (E-ISSN)
Text
Penguasaan murid tentang penggunanan imbuhan MeN-, di- & BeR- dalam penulisan karangan respon terbuka.pdf Restricted to Registered users only Download (351kB) |
|
Text
Penguasaan murid tentang penggunanan imbuhan MeN-, di- & BeR- dalam penulisan karangan respon terbuka _ABSTRACT.pdf Download (61kB) |
Abstract
Kata berimbuhan mudah ditemui dalam mana-mana bentuk penulisan kerana morfem imbuhan yang diimbuhkan pada kata dasar akan membentuk kata kerja aktif transitif, tak transitif dan penanda pasif bagi ayat yang dibina. Walaupun sering digunakan dalam penulisan, pengimbuhan yang tidak tepat boleh mengganggu kegramatisan bahasa Melayu standard. Berdasarkan analisis kandungan terhadap 31 teks karangan respons terbuka murid-murid tingkatan empat daripada sebuah sekolah menengah di daerah Tuaran, Sabah, didapati 27 sampel karangan melakukan kesalahan penggunaan imbuhan awalan kata kerja meN- , di-, dan beR- . Kelemahan penguasaan varian imbuhan awalan menyebabkan kesalahan morfologi, ejaan dan ketidakgramatisan ayat yang dibina oleh murid. Pada masa yang sama, kesan daripada kelemahan penguasaan imbuhan murid, mereka telah mencipta istilah baharu yang jelas telah melanggar peraturan tatabahasa bahasa Melayu. Oleh itu, kesalahan yang didapati tidak wajar dipandang remeh kerana hal tersebut akan menyebabkan keterbiasaan murid untuk sewenang-wenangnya menggabungkan imbuhan dengan kata dasar bahasa Melayu yang lain tanpa merujuk sistem pengimbuhan yang betul. Malahan, dikhuatiri murid akan melakukan hal yang serupa dalam bentuk imbuhan yang lain. Akhirnya, murid sendiri tidak mengetahui fungsi sebenar proses pengimbuhan. Aspek pengimbuhan merupakan nahu bahasa Melayu yang wajib dikuasai oleh murid kerana agak sukar untuk membina ayat yang tidak melalui proses penerbitan. Bagi menangani masalah penguasaan imbuhan dalam kalangan murid, latih tubi yang berterusan dan pengajaran rumus pengimbuhan perlu didedahkan kepada murid.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Imbuhan , Karangan respons terbuka , Ketidakgramatisan ayat , Analisis kandungan , Rumus pengimbuhan |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1603-1696.6 Secondary education. High schools |
Department: | CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning |
Depositing User: | SAFRUDIN BIN DARUN - |
Date Deposited: | 22 Jun 2022 11:12 |
Last Modified: | 22 Jun 2022 11:12 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32931 |
Actions (login required)
View Item |