Pengajaran kursus falsafah dan isu semasa (FIS) dalam membentuk pemikiran kritis: Penelitian terhadap modul kursus FIS di Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa (PPIB), Universiti Malaysia Sabah

Syamsul Azizul Marinsah and Abang Mohd. Razif Abang Muis and Mohd. Sohaimi Esa and Irma Wani Othman and Habibah @ Artini Ramlie and Saifulazry Mokhtar and Muhammad Safuan Yusoff (2021) Pengajaran kursus falsafah dan isu semasa (FIS) dalam membentuk pemikiran kritis: Penelitian terhadap modul kursus FIS di Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa (PPIB), Universiti Malaysia Sabah. International Journal of Education, Psychology and Counselling, 6. pp. 137-149. ISSN 0128-164X

[img] Text
Pengajaran kursus falsafah dan isu semasa (FIS) dalam membentuk pemikiran kritis.ABSTRACT.pdf

Download (57kB)
[img] Text
Pengajaran kursus falsafah dan isu semasa (FIS) dalam membentuk pemikiran kritis.pdf
Restricted to Registered users only

Download (371kB) | Request a copy

Abstract

Kursus Falsafah dan Isu Semasa (FIS) merupakan salah satu kursus generik yang wajib diambil oleh para mahasiwa di seluruh IPT Malaysia bermula pada sesi pengambilan 2019/2020. Modul FIS dibangunkan dengan tujuan untuk mempersiap-siagakan para mahasiswa agar mampu berfikir secara kritis dan integral dalam menanggapi pelbagai cabaran pemikiran yang berkait dengan isu-isu semasa. Pemikiran kritis merupakan elemen penting yang perlu diterapkan dalam kurikulum pengajian di semua peringkat. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk menganalisis elemen-elemen pembentukan pemikiran kritis dalam modul pengajian kursus FIS yang dilaksanakan di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Kajian ini termasuk dalam penelitian kualitatif. Justeru, kajian ini menggunakan reka bentuk analisis dokumen yang terdiri daripada modul FIS, jurnal dan tinjauan artikel berkaitan pembentukan pemikiran kritis. Hasil kajian mendapati, wujud beberapa elemen kemahiran dan sub kemahiran yang mampu menyumbang ke arah pembentukan dan penerapan pemikiran kritis dalam modul pengajian kursus FIS yang ditawarkan di UMS. Dengan mempelajari kursus ini, diharapkan penghargaan pelajar terhadap kursus ini terus meningkat, dan dapat membantu dalam proses pembentukan pemikiran kritis yang selari dengan hala tuju sistem pendidikan negara iaitu pendidikan berteraskan nilai.

Item Type: Article
Keyword: Falsafah dan isu semasa , Pemikiran kritis , Universiti Malaysia Sabah
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2300-2430 Higher education
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 08 Jul 2022 15:36
Last Modified: 08 Jul 2022 15:36
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32998

Actions (login required)

View Item View Item