Falsafah pelan strategik universiti awam Malaysia melalui pengalaman ahli akademik ekspatriat dalam mengorak reputasi universiti sebagai hab kecemerlangan akademik di persada antarabangsa

Muhammad Safuan Yusoff and Irma Wani Othman and Mohd Kamal Mohd Shah and Mohd Sohaimi Esa and Abang Mohd Razif Abang Muis and Syamsul Azizul Marinsah and Habibah @ Artini Ramlie (2021) Falsafah pelan strategik universiti awam Malaysia melalui pengalaman ahli akademik ekspatriat dalam mengorak reputasi universiti sebagai hab kecemerlangan akademik di persada antarabangsa. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 6. pp. 56-73. ISSN 0128-164X

[img] Text
Falsafah pelan strategik universiti awam Malaysia melalui pengalaman ahli akademik ekspatriat .ABSTRACT.pdf

Download (58kB)
[img] Text
FALSAFAH PELAN STRATEGIK UNIVERSITI AWAM MALAYSIA MELALUI PENGALAMAN AHLI AKADEMIK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (502kB) | Request a copy

Abstract

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) telah dirangka secara khusus dengan menggariskan sepuluh (10) lonjakan bagi mencapai kecemerlangan berterusan dalam sistem pendidikan tinggi di Malaysia sekali gus menjadi hab kecemerlangan akademik di persada antarabangsa. Sejajar dengan itu, objektif kajian adalah untuk menelusuri pengalaman modal insan antarabangsa dalam membantu mengorak keterlibatan reputasi universiti awam Malaysia di peringkat antarabangsa. Namun perbahasan yang timbul menjurus kepada pengambilan sumber manusia antarabangsa yang dikatakan tidak mempunyai kesan jangka masa panjang terhadap pembangunan sesebuah universiti. Bertitik tolak dari perdebatan tersebut, perbincangan dalam kertas kerja ini menerokai pengalaman sumber manusia antarabangsa dalam memberi sumbangan positif kepada universiti awam sejajar dalam usaha mengukuhkan kedudukan dan statusnya sebagai sebuah institusi pengajian yang berprestij, agar seiring dengan peralihan kontemporari pendidikan tinggi. Pendekatan naratif mengutilasikan seleksi dialog asal serta melibatkan 20 ahli akademik ekspatriat yang menepati kriteria bermastautin dengan visa pekerja, berstatus seorang ekspatriat berinisiatif sendiri, bukan diklasifikasikan staff pertukaran antara universiti, mahupun yang sedang menjalani cuti sabatikal. Sumbangan kajian ini berupaya mengalihkan tumpuan kontekstual literatur pengantarabangsaan institusi pengajian tinggi yang sebelum ini dikatakan bertumpu dalam menjana pendapatan sesebuah universiti, kepada suatu pengalaman sumber manusia yang berharga dalam menyumbang terhadap keterlibatan reputasi universiti di peringkat global. Dapatan kajian turut menyisipkan satu dimensi lanjutan dengan mengemukakan pemahaman terperinci tentang mobiliti sumber manusia antarabangsa serta memperkenalkan satu dimensi baru yang menawarkan pemahaman lebih mendalam berhubung keterlibatan reputasi universiti di peringkat antarabangsa. Kajian ini berupaya menawarkan bukti khusus bagaimana ahli Akademik Ekspatriat menilai pengalaman ekspatriasi mereka dengan melakukan pemilihan universiti awam sebagai tempat berkerjaya. Manakala hasil kajian diharapkan berupaya menjadi maklumat berguna bagi universiti awam dalam melaksanakan dasar atau polisi perancangan strategik alternatif masa hadapan, seterusnya menentukan senario pendidikan tinggi Malaysia.

Item Type: Article
Keyword: Pengalaman ekspatriasi , Ahli akademik ekspatriat , Reputasi , Dasar dan polisi pengantarabangsaan , Universiti Awam Malaysia
Subjects: H Social Sciences > HM Sociology (General) > HM(1)-1281 Sociology > HM711-806 Groups and organizations > HM786-806 Organizational sociology. Organization theory
L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2300-2430 Higher education > LB2326.4-2330 Institutions of higher education
Department: FACULTY > Labuan Faculty of International Finance
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 08 Jul 2022 16:04
Last Modified: 08 Jul 2022 16:04
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33003

Actions (login required)

View Item View Item