Strategi akulturasi dan hasil pembudayaan berbeza dalam kalangan pelajar antarabangsa Universiti Awam Malaysia

Irma Wani Othman and Muhammad Safuan Yusoff and Syamsul Azizul Marinsah and Saifulazry Mokhtar and Habibah Artini Ramlie and Mohd Kamal Mohd Shah (2020) Strategi akulturasi dan hasil pembudayaan berbeza dalam kalangan pelajar antarabangsa Universiti Awam Malaysia. Journal of Tourism, Hospitality and Environment Management (JTHEM), 5. pp. 123-142. ISSN 0128-178X

[img] Text
Strategi akulturasi dan hasil pembudayaan berbeza dalam kalangan pelajar antarabangsa Universiti Awam Malaysia.abstract.pdf

Download (63kB)
[img] Text
STRATEGI AKULTURASI DAN HASIL PEMBUDAYAAN BERBEZA DALAM KALANGAN PELAJAR ANTARABANGSA UNIVERSITI AWAM MALAYSIA.pdf
Restricted to Registered users only

Download (340kB) | Request a copy

Abstract

Akulturasi difahami sebagai suatu kelangsungan proses menerima masuk elemen budaya asing tanpa kehilangan identiti budaya asal. Keterlihatan hasil pembudayaan akulturasi lebih mudah dicapai dengan kemasukan unsur-unsur kebendaan seperti proses pinjam meminjam bahasa, pengaruh berpakaian dan makanan. Namun unsur-unsur budaya yang tidak berbentuk kebendaan seperti ideologi dan pemikiran adalah lebih sukar direalisasikan. Justeru itu tumpuan perbincangan kertas kerja ini adalah untuk mengenal pasti proses akulturasi dan hasil pembudayaan berbeza berdasarkan penggabungan, pertembungan ataupun penyisihan budaya. Kertas kerja ini memberi penumpuan kepada data empirikal yang diperoleh dari temu bual mendalam bersama sekumpulan pelajar antarabangsa yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Awam Malaysia. Pemilihan petikan naratif bersandarkan pandangan informan kajian digunakan bagi menyokong strategi-strategi akulturasi yang diadaptasi oleh kumpulan berkenaan. Empat buah universiti awam yang dipilih berdasarkan penjenisan universiti, latar belakang penubuhan universiti dan enrolmen tahunan pelajar antarabangsa. Pengaplikasian kaedah temu bual semi struktur dilaksanakan dengan mengutilasikan pendekatan analisis induktif. Hasil kajian mengemukakan lima strategi dan hasil pembudayaan yang berbeza iaitu (i) Asimilasi Membangun Hubungan dengan Budaya Baru, (ii) Pemisahan Nilai dan Ciri Budaya Asal Berdasarkan Penafian Pengaruh Budaya Baru, (iii) Budaya Baru dan Peminggiran Budaya Asal dalam Amalan Kehidupan Seharian, (iv) Integrasi Pengekalan Budaya Asal dalam Menerokai Budaya Baru dan (iv) Transmutasi Budaya Baru dan Lama dalam Penghasilan Budaya Alternatif. Penemuan baru kajian ini membuktikan strategi akulturasi yang digunakan oleh kumpulan pelajar antarabangsa di Universiti Awam Malaysia telah memberikan implikasi yang berbeza terhadap hasil pembudayaan. Beberapa faktor yang menyumbang kepada penerimaan dan penolakan alkuturasi adalah usia pelajar antarabangsa yang masih muda iaitu sekitar awal dua puluhan lantas tidak mempunyai kematangan, latar belakang pendidikan dan pengaruh keluarga, status sebagai orang asing yang tidak menetap dalam tempoh masa yang panjang di negara tuan rumah, jarak budaya antara negara asal dan negara tuan rumah serta justifikasi kepada mobiliti pelajar yang bertujuan melanjutkan pengajian di luar negara. Sumbangan penataran ilmu dalam kertas kerja ini mengunjurkan pengetahuan bernilai bagi calon pelajar antarabangsa dalam percaturan strategi akulturasi diri semasa berada di luar negara. Perbincangan data empirikal disulami dengan seleksi naratif yang merujuk dialog asal responden kajian mampu untuk memberi gambaran serta berperanan sebagai garis panduan pihak pentadbiran universiti agar lebih prihatin terhadap implikasi akulturasi kemandirian dan kesalinghubungan dengan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar antarabangsa.

Item Type: Article
Keyword: Strategi akulturasi , Hasil pembudayaan berbeza , Universiti Awam Malaysia , Pelajar antarabangsa
Subjects: H Social Sciences > HM Sociology (General) > HM(1)-1281 Sociology > HM621-656 Culture
L Education > LA History of education > LA5-2396 History of education > LA173-186 Higher education
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 20 Jul 2022 08:16
Last Modified: 20 Jul 2022 08:16
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33006

Actions (login required)

View Item View Item