Habibah @ Artini Ramlie and Zaharah Hussin and Mohd Ridhuan Mohd Jamil and Ahmad Arifin Sapar and Saedah Siraj and Nurul Rabihah Mat Noh (2014) Aplikasi teknik Fuzzy Delphi terhadap keperluan aspek 'Riadhah Ruhiyyah' untuk profesionalisme perguruan Pendidikan Islam. The Online Journal of Islamic Education, 2. pp. 53-72. ISSN 2289-3016
Text
Aplikasi teknik fuzzy delphi terhadap keperluan aspek 'riadhah ruhiyyah' untuk profesionalisme perguruan Pendidikan Islam.ABSTRACT.pdf Download (121kB) |
|
Text
APLIKASI TEKNIK FUZZY DELPHI TERHADAP KEPERLUAN ASPEK 'RIADHAH RUHIYYAH' UNTUK PROFESIONALISME PERGURUAN PENDIDIKAN ISLAM.pdf Restricted to Registered users only Download (688kB) | Request a copy |
Abstract
Tujuan kertas kerja ini adalah untuk mendapatkan konsensus pakar tentang keperluan 'Riadhah Ruhiyyah' atau 'latihan rohani' untuk Profesionalisme Perguruan Pendidikan Islam. Keperluan 'Riadhah Ruhiyyah' terhadap profesionalisme guru yang dibincangkan melibatkan perkara yang berkaitan dengan hubungan dengan Tuhan, hubungan dengan diri sendiri, hubungan dengan rakan sejawat dan hubungan dengan pelajar. Pengesahan dilakukan oleh 15 orang pakar dalam bidang pendidikan, pengajian Islam, kerohanian, bahasa Arab, pembangunan insan dan bidang analisis statistik teknik Fuzzy Delphi. Soal selidik yang mengandungi 34 item telah diberikan kepada pakar. Konsensus daripada para pakar dianalisis dengan menggunakan teknik Fuzzy Delphi. Kajian mendapati konsensus pakar tentang keperluan 'Riadhah Ruhiyyah' Profesionalisme Perguruan Pendidikan Islam dari segi hubungan dengan Tuhan, hubungan dengan diri sendiri, hubungan dengan rakan sejawat dan hubungan dengan pelajar adalah melebihi 75% dengan jumlah 15 item mempunyai nilai ambang (d) ≤ 0.2. Item seterusnya diisih mengikut keutamaan dan diperhalusi dengan menambah dan menggugurkan item seperti yang disyorkan oleh pakar.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Konsensus pakar , Riadhah Ruhiyyah , Latihan kerohanian , Guru Pendidikan Islam , Kaedah Fuzzy Delphi |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice) L Education > LC Special aspects of education > LC8-6691 Special aspects of education > LC251-951 Moral and religious education > LC321-951 Religion and education. Education under church control > LC901-915 Islamic education |
Department: | FACULTY > Faculty of Islamic Studies |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 19 Jul 2022 15:48 |
Last Modified: | 19 Jul 2022 15:48 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33020 |
Actions (login required)
View Item |