Pendekatan kaedah interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan islam abad ke-21 di sekolan menengah kebangsaan Kota Kinabalu

Mohd Maziz Al-Hadi Moharam and Saifulazry Mokhtar and Kasoma Thia (2021) Pendekatan kaedah interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan islam abad ke-21 di sekolan menengah kebangsaan Kota Kinabalu.

[img] Text
Pendekatan kaedah interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan islam abad ke-21 di sekolan menengah kebangsaan Kota Kinabalu.ABSTRACT.pdf

Download (55kB)
[img] Text
Pendekatan Kaedah Interaktif Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam Abad Ke-21 Di Sekolan Menengah Kebangsaan Kota Kinabalu (Fulltext).pdf
Restricted to Registered users only

Download (228kB) | Request a copy

Abstract

Kaedah interaktif adalah satu kaedah interaksi secara digital yang merupakan medium alternatif dalam sistem Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) sejajar dengan perkembangan teknologi abad ke-21. Pelaksanaan aplikasi ini dalam (PdP) membuktikan bahawa konsep pendidikan kini berada selangkah maju ke hadapan sejajar dengan visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia. Kaedah pembelajaran interaktif ini perlu diterapkan dalam setiap mata pelajaran termasuklah Pendidikan Islam di sekolah menengah. Kajian ini dijalankan bertujuan melihat pendekatan kaedah interaktif dalam (PdP) untuk mata pelajaran Pendidikan Islam abad ke-21 dalam kalangan pelajar di sekolah menengah di daerah Kota Kinabalu, Sabah. Selain itu, kajian ini turut mengenal pasti cabaran dalam (PdP) Pendidikan Islam abad ke-21 serta justifikasi signifikan pelaksanaannya terhadap pelajar di sekolah menengah daerah Kota Kinabalu. Kaedah kualitatif menerusi temu bual dan soal selidik dijadikan sebagai metodologi utama dalam kajian ini. Persampelan kajian terdiri para guru Pendidikan Islam, ibu bapa dan pelajar- pelajar Islam yang termasuk dalam lapan buah sekolah menengah di sekitar Daerah Kota Kinabalu. Hasil kajian menunjukkan bahawa mata pelajaran Pendidikan Islam amat memerlukan pendekatan kaedah interaktif kerana mempunyai topik-topik pengajaran yang memerlukan huraian rinci dalam pemahaman pelajar. Kajian turut mengesahkan bahawa kaedah interaktif mampu memberi kefahaman yang gitu kepada pelajar secara langsung kerana pelajar dapat mengaplikasikan ilmu yang dipelajari secara praktikal dan amali. Kajian ini mengharapkan agar platform kaedah interaktif dalam proses (PdP) khususnya dalam mata pelajaran Pendidikan Islam perlu selaras dengan perkembangan teknologi semasa bagi memastikan kelangsungan pendidikan sentiasa berada di mercu kejayaan sejajar dengan saranan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Item Type: Proceedings
Keyword: Kaedah interaktif , Pendidikan Islam , Abad ke-21 , Pengajaran dan pembelajaran , Kementerian Pendidikan Malaysia , Sekolah menengah , Kota Kinabalu
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1603-1696.6 Secondary education. High schools
L Education > LC Special aspects of education > LC8-6691 Special aspects of education > LC251-951 Moral and religious education > LC321-951 Religion and education. Education under church control > LC901-915 Islamic education
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 17 Jul 2022 11:44
Last Modified: 17 Jul 2022 11:44
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33099

Actions (login required)

View Item View Item