Mohd. Azri Ibrahim and Romzi Ationg and Mohd. Sohaimi Esa and Abang Mohd. Razif Abang Muis and Irma Wani Othman and Muhammad Safuan Yusoff and Saifulazry Mokhtar (2021) Pengetahuan terhadap ilmu perlembagaan, undang-undang dan rukun negara dalam konteks kepimpinan: Kajian kes pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS). Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 6. pp. 45-59. ISSN 0128-1755
Text
Pengetahuan terhadap ilmu perlembagaan, undang-undang dan rukun negara dalam konteks kepimpinan, .ABSTRACT.pdf Download (56kB) |
|
Text
Pengetahuan Terhadap Ilmu Perlembagaan, Undang-Undang Dan Rukun Negara Dalam Konteks Kepimpinan.pdf Restricted to Registered users only Download (347kB) | Request a copy |
Abstract
Perlembagaan, undang-undang dan Rukun Negara adalah dokumen yang sangat penting dalam sesebuah negara. Seseorang warganegara seharusnya memiliki ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan perlembagaan, undang-undang dan Rukun Negara serta menghayatinya bagi memastikan kehidupan bernegara yang harmoni dan sejahtera. Pengetahuan ilmu ini dapat menjadi benteng daripada melakukan perbuatan yang bertentangan dengan amalan hidup yang tidak beretika dan menyalahi undang-undang. Bagi memastikan individu dan masyarakat lebih berdisplin dan beretika dalam bernegara, maka pemahaman terhadap perlembagaan, undang-undang dan Rukun Negara adalah sangat penting. Kepentingan ilmu ini perlu difahami dan dihayati oleh setiap anggota masyarakat khususnya golongan pelajar di institusi pengajian tinggi untuk kepimpinan yang lebih baik pada masa hadapan. Oleh itu, kajian ini ingin meninjau dan menganalisis pandangan pelajar university tentang kepentingan ilmu pengetahuan berkaitan perlembagaan, undang-undang dan Rukun Negara untuk kepimpinan yang lebih baik pada masa hadapan. Berdasarkan penggunaan kaedah mixed-method, kajian ini mendapati bahawa responden kajian iaitu para pelajar Universiti Malaysia Sabah berpendapat bahawa pengetahuan berkaitan perlembagaan, undang-undang dan Rukun Negara sememangnya amat penting untuk kepimpinan yang lebih baik pada masa hadapan. Dalam pada itu, diharapkan dapatan kajian ini dapat menjadi medan pengkongsian ilmu terhadap kehidupan bermasyarakat dan bernegara yang lebih harmoni, selamat dan beretika di Malaysia dalam sebuah masyarakat majmuk berdasarkan pengetahuan ilmu perlembagaan, undang-undang dan Rukun Negara.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Perlembagaan , Undang-undang , Rukun negara , Mahasiswa |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education |
Department: | CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 14 Jul 2022 14:18 |
Last Modified: | 14 Jul 2022 14:18 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33111 |
Actions (login required)
View Item |