Implementasi kepimpinan transformasi dalam kalangan pentadbir sekolah di daerah Sandakan: Satu tinjauan

Saifulazry Mokhtar and Irma Wani Othman and Mohd Azri Ibrahim and Mohd Sohaimi Esa and Azlan Syafie Abdullah @ Raymond Majumah and Muhammad Safuan Yusoff and Romzi Ationg (2021) Implementasi kepimpinan transformasi dalam kalangan pentadbir sekolah di daerah Sandakan: Satu tinjauan. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 6. pp. 202-216. ISSN 0128-1755

[img] Text
Implementasi kepimpinan transformasi dalam kalangan pentadbir sekolah di daerah Sandakan.ABSTRACT.pdf

Download (53kB)
[img] Text
Implementasi Kepimpinan Transformasi Dalam Kalangan Pentadbir Sekolah Di Daerah Sandakan, Satu Tinjauan.pdf
Restricted to Registered users only

Download (261kB) | Request a copy

Abstract

Kepimpinan transformasi merupakan salah satu bentuk kepimpinan yang boleh dilaksanakan oleh sesiapa sahaja termasuklah pentadbir sekolah. Pentadbir perlu bijak dalam menentukan bentuk dan gaya kepimpinan yang digunakan dalam organisasinya kerana kepimpinan merupakan kayu ukur kepada kejayaan sesebuah organisasi. Kajian ini bertujuan untuk melihat implementasi kepimpinan transformasi dalam kalangan pentadbir sekolah di daerah Sandakan dalam menentukan hala tuju sekolah selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia. Kajian ini melibatkan seramai 180 orang responden yang terdiri daripada pentadbir sekolah di daerah Sandakan. Sampel kajian dipilih secara rawak untuk menjawab soal selidik menerusi google form. Hasil kajian mendapati tahap implementasi kepemimpinan transformasi dalam kalangan pentadbir sekolah di daerah Sandakan adalah tinggi iaitu memperolehi nilai purata 4.16. Pentadbir sekolah di daerah Sandakan menerapkan elemen implementasi kepimpinan transformasi dalam pentadbiran organisasi di sekolah dan ia dapat diterima baik oleh warga sekolah. Kajian ini diharapkan dapat memberi nilai tambah kepada pentadbir sekolah khususnya dalam memacu sekolah selaras dan sejajar dengan pendidikan di era globalisasi ini.

Item Type: Article
Keyword: Implementasi kepimpinan , Kepimpinan , Kepimpinan transformasi , Pentadbir sekolah
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 20 Jul 2022 11:05
Last Modified: 20 Jul 2022 11:05
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33115

Actions (login required)

View Item View Item