Wanda Kiyah George Albert and Adi Fahrudin (2017) Kualiti hidup pesakit kanser tahap akhir dalam perspektif kerja sosial di Malaysia. Asian Social Work Journal (ASWJ), 2. p. 26. ISSN 0128-1577
Text
Kualiti hidup pesakit kanser tahap akhir dalam perspektif kerja sosial di Malaysia.pdf Restricted to Registered users only Download (1MB) | Request a copy |
|
Text
Kualiti hidup pesakit kanser tahap akhir dalam perspektif kerja sosial di Malaysia _ABSTRACT.pdf Download (62kB) |
Abstract
Stigma masyarakat mengenai kehidupan pesakit kanser tahap akhir yang akan berakhir dengan kematian ini telah menidakkan keperluan pesakit mendapatkan perkhidmatan terbaik di akhir kehidupan mereka. Walaupun banyak kajian berkaitan dengan isu pesakit kanser telah dilakukan tetapi kajian yang memberikan fokus kepada pesakit kanser tahap akhir ini masih lagi kurang dijalankan di Malaysia. Kajian keratan rentas yang dijalankan ini bertujuan untuk memberikan gambaran keadaan kualiti hidup dan mengenalpasti faktor perbezaan skor kualiti hidup pesakit kanser tahap akhir yang menjalani rawatan paliatif di salah sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur. Seramai 120 orang pesakit kanser tahap akhir telah terlibat kajian ini melalui kaedah persampelan mudah. Instrument kajian ini melibatkan borang soal selidik Short Form 36 (SF36) yang digunakan untuk mengukur kualiti hidup pesakit kanser tahap akhir. Dapatan kajian menunjukkan bahawa skor komponen mental adalah (44.93 ± 6.84) lebih tinggi berbanding dengan skor komponen fizikal (42.24 ± 7.91).Terdapat perbezaan skor kualiti hidup berdasarkan komponen mental dan fizikal dari segi sosiodemografi pesakit. Skor komponen mental berbeza dari segi umur (t = -0.38; p <0.001), jenis kanser (F = 5.52: p <0.001), tempoh rawatan (t = 5.15; p < 0,001), jenis rawatan (F = 3.11; p = 0.029) dan jumlah sokongan kewangan (F = 7.16; p <0.001). Manakala skor komponen fizikal pula menunjukkan perbezaan skor dari segi tahap pendidikan (F = 6.211; p <0.001), jenis kanser (F = 5.96; p <0.001) dan jumlah sokongan kewangan (F = 3.00; p = 0.033).Kajian lanjutan perlu dijalankan dalam perspektif kerja sosial untuk mengenalpasti faktor lain yangmenyumbang kepada kualiti hidup pesakit ini dan mengenalpasti permasalahan lain yang mengekang kepada keperluan mereka agar perkhidmatan sosial yang diberikan oleh pekerja sosial sebelum ini dapat dipertingkatkan lagi.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Rawatan paliatif , Kanser tahap akhir , Kualiti hidup , Perspektif kerja sosial |
Subjects: | H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV1-9960 Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV40-69 Social service. Social work. Charity organization and practice Including social case work, private and public relief, institutional care, rural social work, work relief R Medicine > R Medicine (General) > R5-920 Medicine (General) > R726.5-726.8 Medicine and disease in relation to psychology. Terminal care. Dying |
Department: | FACULTY > Faculty of Psychology and Education |
Depositing User: | SAFRUDIN BIN DARUN - |
Date Deposited: | 21 Jul 2022 12:08 |
Last Modified: | 21 Jul 2022 12:08 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33452 |
Actions (login required)
View Item |