Tinjauan awal penerimaan pelajar Universiti Malaysia Sabah terhadap radio kampus UMS

Nor Suaidah Zainal Abidin and Intan Soliha Ibrahim (2021) Tinjauan awal penerimaan pelajar Universiti Malaysia Sabah terhadap radio kampus UMS. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 1. pp. 75-94. ISSN 2289-1528

[img] Text
Tinjauan awal penerimaan pelajar Universiti Malaysia Sabah terhadap radio kampus UMS.ABSTRACT.pdf

Download (55kB)
[img] Text
Tinjauan awal penerimaan pelajar Universiti Malaysia Sabah terhadap Radio Kampus UMS.pdf
Restricted to Registered users only

Download (679kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penerimaan pelajar Universiti Malaysia Sabah terhadap radio kampus milik universiti tersebut dan peranannya. Radio Universiti Malaysia Sabah telah mengalami penjenamaan semula sebanyak dua kali sejak ia ditubuhkan pada tahun 2010. Namun, sepanjang ia ditubuhkan, kajian mengenai penerimaan dan peranan radio tersebut adalah kurang dilakukan. Maka timbul persoalan, masihkah ada yang mendengar radio kampus? Adakah ia diterima baik oleh pelajar universiti? Apakah intervensi yang perlu dilakukan oleh pihak radio kampus sekiranya penerimaan pelajar adalah sebaliknya? Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dan seramai 357 orang responden yang terdiri daripada pelajar Universiti Malaysia Sabah. Dapatan kajian menunjukkan penerimaan yang positif pada kadar lemah disebabkan ramai yang masih tidak mengetahui tentang kewujudan radio kampus. Oleh itu radio kampus perlu berani dan keluar daripada kepompong selesa jika ingin memastikan keberkesanan dan kejayaan radio tersebut. Pelajar sepatutnya memanfaatkan kemudahan radio yang disediakan oleh pihak universiti. Selain itu, radio kampus juga perlu lebih berani melakukan perubahan dan menambahbaik penggunaan teknologi sedia ada.

Item Type: Article
Keyword: Radio , Peranan , Penerimaan , Sabah
Subjects: H Social Sciences > HE Transportation and Communications > HE1-9990 Transportation and communications > HE7601-8700.9 Telecommunication industry. Telegraph > HE8689-8700.95 Radio and television broadcasting
L Education > LG Individual institutions - Asia, Africa, Indian Ocean islands, Australia, New Zealand, Pacific islands > LG21-961 Individual institutions > LG21-395 Asia > LG173 Malaysia
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 03 Aug 2022 12:22
Last Modified: 03 Aug 2022 12:27
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33670

Actions (login required)

View Item View Item