Mohd Khairul Nabil Mohd Nor Azan and Dzurizah Ibrahim (2017) Polisi dan realiti gaji minimum di negeri Sabah: Satu kajian kes pekerja kontrak pembersihan di Universiti Malaysia Sabah. MANU: Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), 225. pp. 181-195. ISSN 1511-1989
Text
Polisi dan realiti gaji minimum di negeri Sabah, Satu kajian kes pekerja kontrak pembersihan di Universiti Malaysia Sabah.ABSTRACT.pdf Download (59kB) |
|
Text
Polisi dan realiti gaji minimum di negeri Sabah, Satu kajian kes pekerja kontrak pembersihan di Universiti Malaysia Sabah.pdf Restricted to Registered users only Download (293kB) | Request a copy |
Abstract
Pelaksanaan gaji minimum di Malaysia pada dasarnya bermula apabila Akta Majlis Perundingan Gaji Negara (Akta 732) dikuatkuasakan mulai 15 September 2011. Bersandarkan kepada Pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2012 (Sabah, Sarawak dan Labuan) yang telah diperkenalkan pada September 2012, Sabah memulakan operasi agar para majikan di Sabah turut melaksanakan gaji minimum kepada para pekerja masing-masing. Penguatkuasaan pelaksanaan gaji minimum di Malaysia pada 1 Januari 2014 meletakkan gaji minimum di Semenanjung Malaysia sebanyak RM900, manakala Sabah dan Sarawak sebanyak RM800. Gaji minimum diperkenalkan bertujuan menjaga hak dan kebajikan pekerja menerusi ‘fair pay’ bagi membantu golongan pekerja sekali gus menggalakkan mobiliti. Namun, sejauh mana alasan-alasan tersebut dan kesedaran tentang kewujudan gaji minimum diketahui oleh para pekerja masih menjadi persoalan, khususnya dalam konteks pekerja di negeri Sabah. Artikel ini membincangkan tahap kesedaran pekerja terhadap gaji minimum serta menilai sejauh mana pembayaran gaji minimum dilaksanakan dalam sektor pembersihan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerusi temu bual mendalam ke atas dua orang wakil pengurusan dan 16 orang responden dalam kalangan pekerja pembersihan. Kajian mendapati bahawa tahap kesedaran pekerja terhadap kewujudan dan pelaksanaan gaji minimum adalah sifar. Walaupun majikan mengakui telah melaksanakan gaji minimum, dapatan kajian menemukan sebaliknya. Manipulasi maklumat oleh majikan telah mengekang pelaksanaan gaji minimum untuk dilaksanakan secara berkesan. Kajian ini penting sebagai sandaran untuk memastikan hak dan kebajikan pekerja bukan sahaja di Sabah tetapi juga di Kepulauan Borneo ini secara amnya dapat dipelihara.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Gaji minimum , Polisi , Sabah , Pekerja kontrak pembersihan , Universiti Malaysia Sabah , UMS |
Subjects: | H Social Sciences > HF Commerce > HF1-6182 Commerce > HF5001-6182 Business > HF5549-5549.5 Personnel management. Employment management |
Department: | FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 11 Aug 2022 08:19 |
Last Modified: | 11 Aug 2022 08:19 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33696 |
Actions (login required)
View Item |