Dayang Nadia Mawi and Humin Jusilin (2017) Dokumentasi peralatan budaya makan sirih ‘selapa’ etnik Bajau Sama’, di Kota Belud. MANU: Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), 26. pp. 185-210. ISSN 1511-1989
Text
Dokumentasi peralatan budaya makan sirih ‘selapa’etnik Bajau Sama’, di Kota Belud.ABSTRACT.pdf Download (55kB) |
|
Text
Dokumentasi Peralatan Budaya Makan Sirih ‘Selapa’Etnik Bajau Sama’, di Kota Belud.pdf Restricted to Registered users only Download (807kB) | Request a copy |
Abstract
Masyarakat Bajau Sama’ di Kota Belud masih mengamalkan tradisi makan sirih. Kajian ini berfokus kepada budaya makan sirih yang digambarkan melalui peralatan budaya yang digunakan. Aspek reka bentuk, motif dan corak dikenal pasti dalam konsep peralatan budaya yang menyimpan mesej dan nilai murni dalam masyarakat. Istilah selapa digunakan etnik Bajau Sama’ merujuk kepada peralatan budaya ini. Umumnya, komponen pelengkap sesebuah selapa tradisional terdiri daripada anak lapa/cupu, kelekati dan gusu yang masing-masing diperbuat daripada bahan logam. Sesebuah selapa yang dilengkapi ramuan piak sirih dipercayai sangat berkait rapat dengan falsafah kehidupan masyarakat.Memandangkan peralatan budaya makan sirih amat rencam, maka kajian ini berusaha mendokumentasi peralatan dan makna budaya penggunaan selapa dalam etnik Bajau Sama’ Kota Belud. Kajian juga berusaha untuk menginterpretasi makna dan kaitan penggunaan selapa terhadap adat dan budaya. Kajian yang bersifat kualitatif ini adalah untuk mendapatkan data dan sumber secara terus di lapangan. Maklumat kajian sebahagian besar diperoleh daripada responden yang mengamalkan tradisi makan sirih dan pengumpul peralatan budaya. Data kajian dianalisis menggunakan Pendekatan Erwin Panofsky (1955) yang menekankan aspek ikonografi, deskripsi dan pengklasifikasian. Nilai-nilai budaya makan sirih bukan sahaja dipaparkan melalui konsep visual tetapi dapat dinyatakan melalui perlakuan makan sirih dalam kalangan masyarakat Bajau di Kota Belud.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Peralatan budaya , Bajau Sama’ , Visualisasi , Ikonografi , Nilai murni |
Subjects: | D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo H Social Sciences > HM Sociology (General) > HM(1)-1281 Sociology > HM621-656 Culture |
Department: | FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 11 Aug 2022 08:42 |
Last Modified: | 11 Aug 2022 08:42 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33707 |
Actions (login required)
View Item |