Nurul Hudani Md. Nawi and Habibie Ibrahim and Puteri Hayati Megat Ahmad (2020) Hubungan intergenerasi, sokongan psikologi dan sosial dalam penjagaan warga emas: Satu kajian kes di Kota Kinabalu, Sabah. Jurnal Kinabalu, 26. pp. 175-194. ISSN 2600-867X
Text
Hubungan intergenerasi, Kesan sokongan emosi dan sosial anak dewasa dalam penjagaan warga tua.ABSTRACT.pdf Download (59kB) |
|
Text
Hubungan intergenerasi, Kesan sokongan emosi dan sosial anak dewasa dalam penjagaan warga tua.pdf Restricted to Registered users only Download (515kB) | Request a copy |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk memerihalkan pandangan anak dewasa atau penjaga warga emas terhadap aspek intergenerasi, sokongan psikologi dan sosial dalam penjagaan warga emas. Untuk tujuan itu, data kualitatif telah digunakan secara terperinci bagi mencapai objektif tersebut. Seramai enam penjaga dewasa kepada warga tua telah menyertai kajian ini. Peserta kajian terdiri daripada kaum lelaki dan wanita yang mempunyai hubungan dengan warga tua, sama ada sebagai anak, anak angkat, cucu mahupun ahli keluarga ruas lain yang sudah menganggap bahawa mereka adalah satu keluarga dan tinggal di sekitar Kota Kinabalu. Data telah dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis tematik oleh Braun dan Clarke (2006). Secara keseluruhannya, hasil kajian menampakkan bahawa nilai-nilai murni dalam masyarakat misalnya menghormati orang tua masih dipegang oleh anak-anak yang berperanan sebagai generasi muda. Lantaran daripada sikap menghormati orang tua itu seterusnya menimbulkan rasa tanggungjawab dan sayang dalam kalangan anak-anak dewasa untuk menjaga orang tua mereka sehingga menampakkan hubungan intergenerasi yang baik. Dapatan kajian juga melaporkan bahawa penjaga dewasa memerlukan sokongan sosial dan sokongan psikologi dalam proses menjaga orang tua mereka. Kajian ini memberi implikasi ke atas polisi berkaitan warga emas dengan menunjukkan keperluan untuk membina satu modul secara holistik berdasarkan Dasar Warga Tua Negara (DWEN). Ia memerlukan penambahbaikan dalam pelan tindakan negara supaya penghasilan modul lebih bersepadu bagi menjamin kesejahteraan dan kualiti hidup penjaga dan warga tua.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Hubungan intergenerasi , Sokongan psikologi dan sosial , Penjagaan warga tua |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF1-990 Psychology > BF309-499 Consciousness. Cognition - Including learning, attention, comprehension, memory, imagination, genius, intelligence, thought and thinking, psycholinguistics, mental fatigue H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > HQ1-2044 The Family. Marriage. Women > HQ503-1064 The family. Marriage. Home > HQ1060-1064 Aged. Gerontology (Social aspects). Retirement |
Department: | FACULTY > Faculty of Psychology and Education |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 16 Aug 2022 16:09 |
Last Modified: | 16 Aug 2022 16:09 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33830 |
Actions (login required)
View Item |