Hubungan antara pendekatan pengurusan konflik, persepsi sokongan organisasi dan emotionallabor: Satu ulasan literatur

Ag Mohd Ruslaimie Masli and Kee.Y.Sabariah Kee Mohd Yussof (2019) Hubungan antara pendekatan pengurusan konflik, persepsi sokongan organisasi dan emotionallabor: Satu ulasan literatur. Jurnal Kinabalu. pp. 33-47. ISSN 2600-867X

[img] Text
Hubungan antara pendekatan pengurusan konflik, persepsi sokongan organisasi dan emotionallabor, Satu ulasan literature.ABSTRACT.pdf

Download (55kB)
[img] Text
Hubungan antara pendekatan pengurusan konflik, persepsi sokongan organisasi dan emotionallabor, Satu ulasan literatur.pdf
Restricted to Registered users only

Download (370kB) | Request a copy

Abstract

Emotional labor sering dikaitkan dengan peraturan tingkah laku dan ekspresi emosi pekerja yang diinginkan oleh organisasi ketika berhadapan dengan situasi kerja yang sebenar dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan. Strategi emotional labor merangkumi dua elemen, iaitu surface acting dan deep acting. Pendekatan pengurusan konflik (conflict management style) merupakan strategi seseorang individu apabila berhadapan dengan konflik yang wujud dalam persekitaran kerja. Berdasarkan kajian lepas, konflik yang sering berlaku dalam organisasi boleh mempengaruhi emosi seseorang pekerja. Hal ini akan mempengaruhi keberkesanan emotional labor, sama ada melalui surface acting dan deep acting dalam kalangan pekerja. Menurut Rhoades dan Eisenberger (2002), persepsi sokongan organisasi (perceived organizational support) mempengaruhi komitmen pekerja untuk mencapai matlamat organisasi. Persoalannya, adakah pendekatan pengurusan konflik dan persepsi sokongan organisasi mampu mengawal emotional labor? Kemungkinan demografi seorang pekerja juga turut mempengaruhi emotional labor dari segi umur, pengalaman kerja dan jantina. Persoalan ini memerlukan ulasan literatur dalam kajian-kajian lepas. Penelitian awal ini memerlukan sokongan teoretikal yang dapat menentukan hala tuju kajian berkaitan pendekatan pengurusan konflik dan persepsi sokongan organisasi dan hubungannya dengan emotional labor dalam sebuah organisasi.

Item Type: Article
Keyword: Pendekatan pengurusan konflik , Persepsi sokongan organisasi , Emotional labor
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce > HF1-6182 Commerce > HF5001-6182 Business > HF5548.7-5548.85 Industrial psychology
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 17 Aug 2022 10:28
Last Modified: 17 Aug 2022 10:28
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33843

Actions (login required)

View Item View Item