Sitinurbayu Mohd Yusoff and Dzurizah Ibrahim and Syahruddin Ag Ahmad and Aisah Meri and Cyril Modili and Aira Nur Abu Osman (2022) Kempen Stay at Home: Kejelasan Tujuan, Keberkesanan Dan Implikasi Kepada Masyarakat. Jurnal Komunikasi Borneo (JKoB), 10. pp. 59-70. ISSN 2289-859X
Text
Kempen Stay at Home.pdf Download (40kB) |
|
Text
Kempen Stay at Home1.pdf Restricted to Registered users only Download (240kB) |
Abstract
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilaksanakan di Malaysia berkuatkuasa pada 18 Mac 2020 dengan tujuan mengekang penularan wabak penyakit berjangkit yang dinamakan Novel Coronavirus (2019-nCov). Justeru, Kempen Stay-at-Home diperkenalkan susulan bilangan kematian yang disebabkan jangkitan virus Covid-19 semakin meningkat dan membimbangkan. Kempen Stay-at-Home adalah sebuah kempen kesihatan awam yang diwujudkan untuk menggalakkan orang ramai kekal berada di rumah untuk melindungi penduduk daripada terdedah kepada kebarangkalian dijangkiti virus Covid-19 dan seterusnya mengurangkan kematian yang diakibatkan oleh virus ini. Kempen kesihatan awam adalah kempen menerusi media yang mempromosikan intervensi kesihatan awam seperti Kempen Kesedaran Thalassemia dan Kempen Kesihatan Mental Sedunia. Kepatuhan rakyat terhadap PKP adalah wajib dan menjadi asas kepada kempen kesihatan awam. Kesedaran dan pematuhan yang masih kurang terhadap arahan PKP menerusi Kempen Stay-at-Home dalam kalangan penduduk di Malaysia amat membimbangkan. Kemungkinan wujud keperluan untuk mendidik dan mengasuh minda ahli masyarakat agar memahami tujuan kempen duduk di rumah sepanjang tempoh PKP. Kajian ini dilakukan menggunakan kaedah kualitatif dengan teknik perbincangan kumpulan fokus dengan berpandukan Model KAP (Knowledge-AttitudePractise/Behavior) telah dilaksanakan dalam kajian ini. Kajian bertujuan untuk mengenalpasti punca mengapa masyarakat kurang memberi kerjasama terhadap Kempen Stay-at-Home dan mengenalpasti tahap kesedaran masyarakat terhadap mesej dalam Kempen Stay-at-Home. Kajian mendapati masyarakat kurang menyokong usaha Kempen Stay-at-Home untuk memutuskan rantaian virus Covid-19 atas pelbagai faktor seperti tekanan (stress), keperluan untuk keluar bekerja, tiada ganjaran, kekurangan penguatkuasaan, dan sebagainya. Diharap kajian ini dapat menyalurkan maklumat yang berkaitan dengan persepsi masyarakat terhadap kepentingan PKP dan seterusnya memberi maklumat berguna kepada pihak berkuasa agar dapat memikirkan cara yang terbaik untuk menyampaikan mesej tentang kepentingan keselamatan masyarakat.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Covid19 , Kempen , Model KAP , Perintah Kawalan Pergerakan , Stay-at-Home |
Subjects: | R Medicine > RA Public aspects of medicine > RA1-1270 Public aspects of medicine > RA421-790.95 Public health. Hygiene. Preventive medicine > RA638 Immunity and immunization in relation to public health R Medicine > RA Public aspects of medicine > RA1-1270 Public aspects of medicine > RA421-790.95 Public health. Hygiene. Preventive medicine > RA648.5-767 Epidemics. Epidemiology. Quarantine. Disinfection |
Department: | FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 17 Aug 2022 10:34 |
Last Modified: | 17 Aug 2022 10:34 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33846 |
Actions (login required)
View Item |