Binaan modul pengajaran-pembelajaran sompoton sandad (alat muzik tradisional masyarakat Kadazandusun, Sabah)

Elvin Dainal (2020) Binaan modul pengajaran-pembelajaran sompoton sandad (alat muzik tradisional masyarakat Kadazandusun, Sabah). Jurnal Kinabalu, 23. pp. 66-86. ISSN 2600-867X

[img] Text
Binaan modul pengajaran-pembelajaran sompoton sandad (alat muzik tradisional masyarakat Kadazandusun, Sabah).ABSTRACT.pdf

Download (55kB)
[img] Text
Binaan modul pengajaran-pembelajaran sompoton sandad (alat muzik tradisional masyarakat kadazandusun, sabah).pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB) | Request a copy

Abstract

Pada masa lalu, alat muzik tradisional sompoton sandad telah dimainkan oleh masyarakat Kadazandusun sebagai simbol perpaduan semasa karamaian (perayaan) untuk mengiringi tarian Sumazau. Walau bagaimanapun, kesedaran tentang pengajaran-pembelajaran alat muzik tradisional kaum Kadazandusun dalam kalangan generasi muda pada masa kini kurang dipraktikkan. Tambahan pula, generasi muda mudah dipengaruhi untuk belajar dan bermain alat muzik Barat. Objektif utama kajian ini adalah untuk membina modul sebagai penambahbaikan kepada pengajaran-pembelajaran untuk alat muzik sompoton sandad. Metodologi yang digunakan adalah menerusi analisis kaedah dan pendekatan sedia ada dan menjalankan eksperimen untuk melihat sejauh mana keberkesanan binaan modul oleh pengkaji ini terhadap responden. Hasil dapatan pengkaji mendapati bahawa modul yang dibina oleh pengkaji lebih efektif dalam pengajaran-pembelajaran sompoton sandad termasuk pembaharuan sistem muzik bernombor, memperkenalkan teori muzik asas, latihan muzik ringkas (Etudes), rekod prestasi mingguan dan bermain pelbagai lagu-lagu tradisional Kadazandusun yang ditulis dalam bentuk skor.

Item Type: Article
Keyword: Sompoton sandad , Modul pengajaran-pembelajaran , Alat muzik tradisional Kadazandusun , Notasi bernombor
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
M Music and Books on Music > ML Literature on music > ML1-3930 Literature on music > ML159-3785 History and criticism > ML459-1380 Instruments and instrumental music
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 24 Aug 2022 14:21
Last Modified: 24 Aug 2022 14:21
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33911

Actions (login required)

View Item View Item